• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesedaran Mendaftar Sebagai Pengundi Masih Rendah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih masih rendah, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan pelbagai pendekatan dan kempen untuk meningkatkan jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata orang ramai khususnya golongan muda memberi pelbagai alasan untuk tidak mendaftar sebagai pengundi, antaranya termasuk tidak mahu terlibat dengan politik kerana mereka menganggap pilihan raya adalah berkaitan parti politik, tetapi sebenarnya mengundi adalah untuk memenuhi amalan demokrasi di Malaysia.

“SPR menerusi Akademi Pilihan Raya yang telah dilancarkan pada tahun 2007, akan meneruskan peranan pentingnya dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai pilihan raya,” katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini, malam tadi.

Mohd Hashim berkata SPR tidak boleh mewajibkan pendaftaran pengundi sama seperti amalan negara jiran (tanpa menyebut nama negara tersebut) kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan dan akta di Parlimen bagi membolehkan ia dilaksanakan.

“Selain pendaftaran pemilih, ingin ditegaskan bahawa SPR tidak terikat dengan mana-mana parti politik di Malaysia, kerana tugas SPR adalah untuk memastikan perjalanan dan pengurusan pilihan raya berjalan lancar. Dakwaan sesetengah pihak mengatakan SPR berat sebelah adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata bagi warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih, mereka boleh menyemak status pendaftaran dan lokasi mengundi mereka menerusi aplikasi MySPR yang boleh dimuat turun melalui PlayStore dan AppStore.

MySPR adalah inisiatif SPR bagi memudahkan semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK), katanya.

Kaedah menyemak status pemilih ini adalah tambahan, selain pemilih boleh pergi ke ibu pejabat SPR, kaunter bergerak SPR, semakan secara dalam talian menerusi portal SPR dan khidmat pesanan ringkas MySMS, kata Mohd Hashim. – BERNAMA

Tags: pengundiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd