• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Diskriminasi Tarik Pelaburan Asing

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPU – Dengan kelulusan pelaburan RM7.7 bilion dalam sektor pembuatan pada separuh pertama 2017 menjadikan Pulau Pinang negeri yang menerima pelaburan asing terbesar di negara ini.

Pencapaian ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mendiskriminasi terhadap negeri yang dikuasai pembangkang dalam usaha mempromosi dan menarik pelaburan ke Malaysia.

Ini dibuktikan lagi, katanya, dengan pembinaan rangkaian infrastruktur seperti Transit Aliran Massa, Transit Aliran Ringan dan lebuh raya yang jajarannya merentasi bandar di Selangor.

Zon Perdagangan Bebas Digital di KLIA Aeropolis juga terletak di Selangor dan Jambatan Pulau Pinang Kedua yang menyambungkan tanah besar dan pulau telah dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang Pertama, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahman berkata, pujian juga patut diberikan kepada agensi Kerajaan Pesekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang sentiasa berusaha menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Menurutnya, MIDA dengan kerjasama agensi persekutuan dan negeri membantu pelabur mendapat infrastruktur, kelulusan segera pihak berkuasa, menyokong pelaburan semula dan bertindak sebagai pusat sehenti kepada mereka.

Selain itu, dua insentif cukai utama, iaitu taraf perintis dan elaun cukai pelaburan yang disediakan Kerajaan Persekutuan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan juga disediakan untuk pelabur di negeri di bawah pentadbiran parti pembangkang.

“Walaupun pelbagai tuduhan palsu dibuat pembangkang seperti Malaysia bukan lagi negara pilihan pelabur, pelabur asing meninggalkan Malaysia dan Malaysia adalah sebuah negara yang gagal, tetapi data menunjukkan sebaliknya,” kata Abdul Rahman.

Aliran masuk bersih FDI ke Malaysia telah meningkat daripada RM23.9 bilion pada 2008 kepada RM47.2 bilion pada 2016. Sejak 2014 ia meningkat secara konsisten walaupun Malaysia berdepan dengan ketidaktentuan daripada luar seperti kejatuhan harga komoditi dan pasaran kewangan global yang tidak menentu.

Abdul Rahman berkata, rakyat Malaysia perlu sedar dan menilai pihak mana yang bersungguh-sungguh mengurus ekonomi negara dan pihak mana yang sibuk berpolitik. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

16/11/2025
0

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Rahman Tekad Ulang Rekod Cemerlang Di Sepanggar

07/05/2018
0

PARLIMEN Kota Belud bertuah kerana diwakili Datuk Abdul Rahman Dahlan pada penggal yang lepas. Pada Jun 2016, beliau dilantik sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd