Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Stimulus Packages Have Softened...

KUALA LUMPUR - The Government’s stimulus packages and the short-term economic recovery plan...

Individu Sindiket Penipuan Hartanah...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang lelaki yang juga pengurus projek sebuah syarikat...

Warkah Terakhir Untuk Kau...

KEHILANGAN seseorang yang rapat dengan diri kita memang peristiwa yang menyedihkan dan akan...

Air France-KLM Tak Minat...

DUBLIN - Air France- KLM menafikan syarikat penerbangan tersebut terlibat dalam usaha mencari...

Kemudahan Wifi Galak Perkembangan Ekonomi Digital

KOTA KINABALU – Kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau Wifi secara percuma di sini dapat menggalakkan perkembangan ekonomi digital Sabah serta memberi sokongan kepada pembangunan industri pelancongan negeri, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata, kemudahan itu menjadi landasan dalam mewujudkan inisiatif awam yang bertujuanmemantapkan rangkaian digital e-kerajaan pada masa depan.

“Di samping itu, saya yakin ia (kemudahan jalur lebar tanpa wayar) akan berupaya menarik lebih banyak pelaburan asing secara langsung selain (dapat membantu) memajukan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya mesra perniagaan, dan selesa didiami serta dilawati,” katanya semasa pelancaran kemudahan​​​​​​ ​WiFi itu di sini, hari ini.

Musa berkata, kemudahan Wifi juga membolehkan hasrat kerajaan menjadikan Kota Kinabalu sebagai​​​​​​​bandar raya pintar, yang memudahkan pengguna melakukan kerja di mana sahaja dan pada bila-bila masa, sekali gus meningkatkan keberkesanan dan produktiviti negeri dan negara.

“Peningkatan penggunaan e-perkhidmatan sektor awam dan swasta juga telah menjadikan ​​​​​​​perkhidmatan​​​​​​​dalam talian sebagai satu kebiasaan pada masa kini. Masyarakat lebih suka mendapatkan maklumat secara dalam talian dan berhibur melalui aplikasi internet yang tersedia,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata usaha mewujudkan perkhidmatan Wifi percuma yang bermula Mei 2016 itu akan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan masyarakat.


ia juga sebahagian daripada usaha meletakkan Kota Kinabalu setaraf bandar lain dari segi kemudahan​​​​​​​ICT dan akses internet, katanya.

Beliau berkata, kemudahan Wifi di Kota Kinabalu itu adalah hasil usaha sama awam dan swasta, antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Borneo Global Connect Sdn Bhd (BGCSB).

Salleh turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju​​​​​ memberi peruntukan bagi pembangunan kemudahan WiFi luar bandar Sabah.

Kerajaan pusat akan berbincang dengan kerajaan Sabah mengenai pelaksanaan projek itu supaya ia dapat dijalankan secara lancar, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • WiFi

Kategori