SINGAPURA – Jutaan pengguna rangkaian Wifi di tempat awam, rumah waima pejabat di seluruh Singapura terdedah kepada penggodam yang berjaya menyasarkan data-data penting untuk dicuri.
Ia selepas beberapa kelemahan aspek keselamatan siber didedahkan oleh ramai pengkaji, menurut kenyataan Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) kelmarin yang disiarkan akhbar tempatan TODAY.
Ini bermakna hampir setiap orang yang menggunakan perayauan Internet menerusi perkhidmatan Wifi, seperti peralatan komputer riba, telefon ataupun konsol permainan dan gajet kediaman pintar, mengalami berisiko.
SingCERT, di bawah Agensi Keselamatan Siber Singapura, turut mengeluarkan amaran terkini itu yang menyatakan: “Pendedahan ini boleh menjejaskan risiko keperibadian data pengguna WiFi di rumah dan pejabat.”
Kelemahan terbaru itu juga menjejaskan rangkaian sedunia yang menggunakan protokol Akses Perlindungan Wifi (WPA) 2, huraian yang paling biasa digunakan pengguna untuk pengesahan Wifi sekarang ini.
Ia juga boleh menjejaskan alat-alat dalam piawai WPA, menurut SingCERT. Syarikat-syarikat perniagaan skala besar bagaimanapun mungkin berisiko lebih rendah jika langkah-langkah keselamatan secukupnya dilakukan.
“Selepas serangan dari orang tengah dilakukan terhadap alat yang terjejas, penyerang boleh menggunakan pendedahan tersebut untuk memantau atau mempergunakan rangkaian trafik pengguna,” dedah SingCERT.
Pakar-pakar siber mengatakan bahawa ini bermaksud penggodam mampu menyerang rangkaian rumah dan pejabat untuk mendapatkan banyak data peribadi penting, atau melancarkan serangan lain bagi menjejaskan operasi.
Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan namun menggesa semua pelanggan mereka untuk mengemaskinikan alat-alat gajet mereka dengan perisian terbaharu dari pengeluar bertauliahnya sebagai langkah pencegahan.
“Kami sedang kerjasama dengan rakan-rakan peranti bagi memahami bila tampalan itu disediakan, dan kami galak pelanggan untuk memastikan alat tanpa wayar mereka menggunakan perisian terkini,” kata jurucakap StarHub.
Para pengguna yang belum lagi menerima perisian kemas kini boleh melakukan langkah bagi mencegah ceroboh, dengan berhubung menerusi jalur lebar menggunakan kabel ataupun rangkaian telefon bimbit sahaja.
Beberapa pakar siber yang dihubungi TODAY turut menyatakan bahawa pengguna sebenarnya juga boleh menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) sebagai sokongan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA