• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Zainab Ditempatkan Di Pengkalan Chepa

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Keluarga Zainab Sulaiman, yang dihantui dengan ‘api misteri’ sehingga dikatakan menyebabkan rumahnya musnah terbakar di Kampung Penambang di sini bulan lepas akan ditempatkan sementara di sebuah rumah berhampiran Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa di sini.

Penghulu Mukim Penambang Zainuddin Zakaria berkata keluarga berkenaan ditempatkan di rumah itu atas permintaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang, Wan Ubaidah Omar sementara menunggu rumah yang dibina untuk keluarga itu siap.

“Rumah yang sedang dibina itu berhampiran rumah adik kepada Zainab iaitu Faridah, 75, juga di Kampung Penambang dan dijangka siap tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainuddin berkata rumah baharu tidak dibina di tapak rumah Zainab yang terbakar pada 19 Sept lepas kerana dibimbangi rumah baharu itu juga akan terbakar.

Semalam, media melaporkan akibat kebakaran rumah yang mereka dakwa berpunca daripada kejadian api misteri, Zainab, 80, bersama menantu, Ropeah Zakaria, 50, dan cucunya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan Wan Nor Fatini, 17, terpaksa berpindah tinggal di beberapa tempat selepas dikatakan diganggu api misteri itu.

Keluarga itu yang menumpang di rumah seorang saudara juga di kampung berkenaan seakan ‘diekori api misteri’ apabila pakaian milik mereka yang berada di dalam bilik tidur di rumah itu secara tiba-tiba terbakar pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Tags: api misterikebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd