• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekang Berita Palsu Bagi Lindungi Keharmonian Negara

oleh Ahmad Albab
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru setiap rakyat Malaysia membantu mempertahankan negara daripada penyebaran berita palsu atau akaun media sosial palsu yang berniat buruk, berbaur fitnah dan berbentuk hasutan.

“Hormati kepelbagaian dan keharmonian perlu diperkukuhkan sebagai amalan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan terbaru dalam blog beliau di sskeruak.blogspot.my hari ini.

Beliau berkata sudah tiba masa untuk orang ramai menggunakan sepenuhnya inisiatif seperti portal sebenarnya.my dan menjadikan sebagai tabiat untuk menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial terlebih dahulu sebelum berkongsinya dengan orang lain.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 3,047 akaun palsu yang dikenal pasti dalam pelbagai platform media sosial sejak Januari hingga September tahun ini.

Katanya, hampir 80 peratus daripada 3,047 akaun palsu itu telah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing.

Walaupun gergasi internet seperti Facebook dan Twitter serta enjin pencarian terbesar China, Baidu Inc. (BIDU) bekerjasama dengan kerajaan namun mereka sentiasa tertekan untuk memperbaiki algoritma masing-masing dengan penggunaan gabungan teknologi dan kebenaran kandungan untuk meminimumkan berita palsu, katanya.

“Marilah kita mengingatkan diri sekiranya berjumpa dengan akaun yang disyaki palsu, berita atau maklumat palsu, kita perlu menggunakan kemudahan saluran pelaporan yang disediakan oleh penyedia platform media sosial untuk membuat aduan supaya tindakan dapat diambil dengan secepat mungkin.

“Kita juga boleh membuat aduan dengan SKMM. Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk membangun, menghantar dan memuat naik kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam atau bersifat jelik,” katanya. – BERNAMA

Tags: berita palsuDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd