• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Singapura Hubungi Pihak Berkuasa Myanmar

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kedutaan Singapura di Yangon sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Myanmar berkaitan penahanan Lau Hon Meng, seorang jurufoto bebas warga Singapura, yang merupakan petugas kontrak dengan Turkish Radio and Television (TRT).

“Kedutaan akan menyediakan bantuan konsular yang perlu kepada Lau dan memantau rapi perkembangan bagi memastikan proses sewajarnya diberi kepada beliau,” kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Singapura pada Isnin.

“MFA dan Kedutaan sering berhubungan dengan keluarga Lau,” kata jurucakap itu ketika menjawab pertanyaan media berkaitan penahanan Lau di Nay Pyi Taw, Myanmar.

MFA berkata Kedutaan itu dimaklumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Myanmar bahawa Lau ditahan pihak berkuasa kerana membuat rakaman video bangunan Hluttaw (Parlimen) tanpa kebenaran dengan menggunakan dron pada 27 Okt.

Siasatan oleh pihak berkuasa Myanmar sedang berjalan, kata MFA.

Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia pada Ahad mengesahkan bahawa seorang wartawan Malaysia yang bertugas dengan TRT turut ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar.

Kementerian itu berkata Mok Choy Lin ditahan bersama-sama seorang rakyat Singapura dan seorang rakyat tempatan. Mereka kini disiasat oleh pihak berkuasa Myanmar.

“Kementerian Luar menerusi kedutaan Malaysia di Yangon sedang memantau kes itu dan akan menghulur bantuan konsular yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Lau Hon Mengpenahanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

16/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu termasuk seorang figura awam berhubung kes disyaki khalwat...

GARAH Pandang Serius Penahanan Tamim Dahri, Talha – Sediakan Bantuan Guaman

GARAH Pandang Serius Penahanan Tamim Dahri, Talha – Sediakan Bantuan Guaman

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) memandang serius penahanan Tamim Dahri dan abangnya, Talha yang dikaitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd