• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebenaran Ambil Amah Elak Masalah Penipuan

oleh Ahmad Albab
28/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kebenaran kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah secara terus tanpa melalui ejen dapat mengatasi masalah penipuan daripada berlaku terhadap mereka yang terdesak mendapatkan perkhidmatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata pengambilan itu juga mengelakkan majikan daripada membayar yuran pemprosesan melampau kepada orang tengah.

“Mereka yang mengambil pembantu rumah kebanyakannya disebabkan isteri perlu bekerja. Niat asal mahu meringankan tugasan dan supaya anak dijaga dengan baik, tapi akhirnya menanggung kerugian apabila pembantu rumah tidak seperti yang diharapkan.

“Jadi, pengambilan terus dapat membantu majikan mencari sendiri dan menemuramah individu sebelum mencapai persetujuan dan perlu bertanggungjawab dengan pilihan mereka,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan majikan diberi pilihan mengambil pembantu rumah dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen dan boleh memohon visa pembantu rumah secara dalam talian daripada Jabatan Imigresen.

Shahaniza berkata keputusan memberi pilihan kepada majikan untuk menguruskan sendiri permohonan visa secara dalam talian juga adalah tepat kerana seiring dengan perubahan masa yang memungkinkan ‘semuanya berlaku di hujung jari’.

Selain itu, mengenai cadangan kerajaan supaya cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari sama seperti yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam, beliau berkata langkah ini akan memberikan peluang kepada ibu untuk menyusukan bayi secara eksklusif dan merapatkan hubungan mereka.

“Cuti ini membolehkan wanita memastikan tubuh mereka benar-benar kuat selepas bersalin sebelum kembali bekerja dan tempoh masa yang bersesuaian untuk mereka mencari taska dan melakukan percubaan meninggalkan bayi di situ.
“Diharapkan pengumuman ini melegakan wanita di sektor swasta dan tiada lagi unsur-unsur iri hati dengan kakitangan kerajaan yang telah menikmati kemudahan ini,” katanya.

Selain itu, Shahaniza juga berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan mengecualikan wanita daripada cukai pendapatan jika kembali bekerja selepas berhenti untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun kerana menggalakkan mereka kembali ke alam pekerjaan.

“Ada wanita yang berhenti kerja selepas mendapat anak namun tiada pilihan untuk kembali semula bekerja jika berlaku kejadian seperti kematian suami atau mahu membantu ekonomi keluarga selepas anak sudah besar.

“Jadi, tempoh dua tahun itu memberikan peluang kepada wanita berkenaan untuk mengukuhkan kewangannya sebelum perlu membayar cukai,” katanya. – BERNAMA

Tags: pembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

12/11/2025
0

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd