• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Cadang Banyak Mesej Antidadah Khutbah Jumaat

oleh AK-47
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan semua kerajaan negeri supaya memperbanyakkan mesej berkenaan penyalahgunaan dadah dalam khutbah Jumaat.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya memandang serius tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan orang muda masa kini khususnya remaja Melayu.

“Saya minta kalau boleh diselitkan elemen penyalahgunaan dadah ini di dalam khutbah Jumaat supaya boleh dihadam jemaah dan kita sentiasa berwaspada mengenainya.

Hal khutbah ini di bawah Jabatan Agama Islam Negeri, jadi, saya minta semua kerajaan negeri supaya dapat melaksanakannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bangunan Masjid Kampung Sungai Danga, di sini hari ini.

Nur Jazlan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) berkata pihaknya tidak mahu masalah dadah yang merupakan musuh nombor satu negara terus berleluasa sehingga merosakkan golongan muda.

Beliau berkata penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja boleh menyebabkan berlakunya tragedi seperti kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, bulan lepas.

Sementara itu, mengulas mengenai cakap-cakap mengenai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyimpan impian untuk bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Nur Jazlan berkata para pengundi kawasan itu perlu membuat penilaian bijak dalam memilih wakil rakyat mereka.

Nur Jazlan yang menjadi Anggota Parlimen Pulai selama tiga penggal berkata Syed Saddiq dilihat tidak mempunyai kemampuan sendiri untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya terpaksa bergantung kepada nama besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dalam meraih sokongan.

“Berbeza dengan saya yang sudah tiga penggal dan sudah ada rekod perkhidmatan serta fasiliti dalam membantu rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Nur Jazlan MohamedKDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd