• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapten Izham Dilantik Jadi CEO Baharu MAB

oleh
20/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengumumkan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MAB baharu berkuat kuasa 1 Disember.

Beliau yang ketika ini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan dilantik untuk menggantikan Peter Bellew yang akan berpindah balik ke syarikat penerbangan negara asalnya, Ryanair di Ireland.

Pelantikan Izham dengan pengalaman lebih 36 tahun dalam industri penerbangan global, sekali gus menepati ramalan penganalisis ekonomi yang menjangka anak tempatan bakal mengisi ‘kerusi panas’ itu.

Bellew dilantik sebagai CEO MAB menggantikan Christoph Mueller pada 1 Julai tahun lalu apabila warga Jerman itu berundur untuk menyertai syarikat penerbangan Emirates sebagai Ketua Pegawai Digital dan Inovasi.

Menurut satu kenyataan media dikeluarkan MAB di sini, Izham juga dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat penerbangan kebangsaan itu yang kini dimiliki sayap pelaburan negara, Khazanah Nasional Berhad.

Beliau yang dilatih sebagai juruterbang di Sekolah Penerbangan Philippines Airline di Filipina, berkemahiran mengemudi pelbagai jenis pesawat komersial termasuk Fokker 27, Airbus 330 dan Boeing 747.

Graduan Harvard Business School di Amerika Syarikat (AS) itu pernah menjadi COO Malaysia Aviation Group Berhad selain sebagai ahli lembaga pengarah kepada MAB Kargo, MAB Academy dan MAS Awana.

Izham yang menyertai MAB sejak 1979 pernah memecah rekod dunia apabila menerbangkan pesawat MAB pertama Boeing 777-200 dari Seattle, AS ke KLIA dan berpatah balik sejauh 23,310 batu dengan 41 jam 59 minit.

Beliau mencipta sejarah rekod perjalanan paling jauh dan paling pantas. Mengulas pelantikan itu Izham dilaporkan bersyukur apabila diberi tanggungjawab berat tersebut demi memulihkan semula prestasi MAB di mata dunia.

Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar. Dalam kenyataan MAB, Bellew diletakkan di bawah cuti pentadbiran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MABMalaysia Airlinespeter bellew
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd