• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Jawatankuasa Selia Kontrak Usahawan India

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mengkaji pembentukan satu jawatankuasa khas di peringkat Kementerian Kewangan bagi menyelia perolehan dan kontrak kerajaan kepada usahawan dalam kalangan masyarakat India.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pembentukan jawatankuasa itu perlu bagi meningkatkan peluang masyarakat India memperoleh projek-projek kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

”Dengan adanya jawatankuasa khas ini, mungkin kita boleh wujudkan lebih banyak peluang kepada usahawan kalangan masyarakat India untuk terlibat dalam projek-projek kerajaan yang banyak ditawarkan pada masa sekarang ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan surat kelulusan kewarganegaraan kepada 177 kaum India yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.

Penerima terdiri daripada pemohon kewarganegaraan yang lahir sebelum kemerdekaan negara, kelahiran tidak didaftarkan dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mengulas lanjut, Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata pada masa ini terdapat ramai usahawan kecil masyarakat India yang memerlukan suntikan kewangan, terutama golongan muda yang baru menamatkan pengajian di peringkat universiti.

“Kumpulan ini memerlukan sedikit bantuan untuk bergerak, sebab itulah kami kemukakan cadangan ini. Kami harap ia dapat dipertimbangkan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd