• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Beregu Lelaki Negara Akan Dimuktamad

oleh AK-47
08/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pemilihan jurulatih beregu lelaki negara yang dikosongkan oleh Jeremy Gan, minggu lepas, mungkin akan dimuktamadkan minggu hadapan, kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Katanya beliau berharap Ketua Jurulatih Beregu Lelaki Cheah Soon Kit segera menemui calon yang serasi dengannya bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

“Saya telah beri tanggungjawab kepada Soon Kit untuk kenal pasti mereka-mereka yang akan menjadi jurulatih yang baru menggantikan Jeremy. Saya kata begitu sebab saya mahu Soon Kit mempunyai mereka-mereka yang dapat bekerjasama dengan beliau dan seterusnya dapat merealisasikan sasaran dan objektif yang kita tetapkan terhadapnya.

“Saya dah jumpa dia (Soon Kit) dua, tiga hari lepas dan beliau pun sedikit sebanyak melontarkan cadangan dan kita setuju bahawa jurulatih yang akan ambil adalah jurulatih tempatan dan beliau (Soon Kit) seharusnya menilai tawaran yang diberikan oleh bekas-bekas pemain terutamanya mereka yang pernah mewakili negara kita,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Kejohanan Badminton Piala Emas Yuen Loong ke-48 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan mengenai sama ada BAM akan merestui bekas ketua jurulatih negara,Yap Kim Hock sebagai gandingan Soon Kit sekiranya tiada calon lain menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Kejohanan itu dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad Norza berkata BAM menerima cabaran Khairy yang mahu badan itu mengembalikan semula kegemilangan sukan badminton negara.

“Kita akan utamakan (cabaran itu) dan sebagai contohnya kita dah 25 tahun tidak dapat Piala Thomas dan itu sesuatu yang kita idamkan. Tahun 2020 sudah tentu Olimpik dan kita dapat tiga perak di Olimpik Rio (2016) dan sudah tentu saja kita akan kerja kuat untuk dapat pingat emas.

“Selain itu, kita juga tidak pernah ada juara dunia. Jadi perkara-perkara ini yang akan kita letakkan sebagai keutamaan untuk merealisasikan dan saya terima cabaran tersebut tetapi kita harus realistik…tidak akan semua dapat dalam masa lima tahun ini,” katanya.

Khairy dalam ucapan perasmiannya mencabar BAM untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan badminton negara dengan muncul sebagai tiga negara teratas mengungguli sukan itu.

“Dalam masa lima tahun kita nak melihat Malaysia muncul sekali lagi sebagai tiga gergasi teratas badminton di dunia … dalam lima tahun Piala Thomas, dalam lima tahun Olimpik dan dalam lima tahun juara badminton dunia … boleh? Ini adalah cabaran… dalam hidup kita mesti ada sasaran,” kata Khairy. – BERNAMA

Tags: BAMDatuk Seri Mohamad Norza Zakaria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd