• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juragan Didenda RM10,000 Seludup Keluar Tong Gas

oleh Ahmad Albab
02/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang juragan warga Indonesia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau hari ini selepas mengaku bersalah menyeludup keluar 50 tong gas memasak ke Sungai Nyamuk, Indonesia pada awal September lepas.

Majistret Mohammad Faisal Che Saad turut memerintahkan Firdaus Amir, 20, dihukum penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 8 Sept lepas, jam 5.30 petang, bot jongkong dipandu Firdaus yang menghala ke Sungai Nyamuk, Indonesia, ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau di Sungai Melayu, Pulau Sebatik.

Hasil pemeriksaan APMM, didapati bot dipandu tertuduh membawa 50 tong gas petroleum cecair (LPG) berisi 14 kg setiap satu yang dianggarkan bernilai RM5,330.

Hasil siasatan mendapati tiada kebenaran diberikan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kepada tertuduh untuk membawa barang-barang kawalan, dan iaitu suatu kesalahan mengikut peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa APMM Aizuddin Mohd Nordin. – BERNAMA

Tags: dendaJuragan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd