• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juara AF Megastar, Penantian 12 Tahun Idayu Berbaloi

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAI sudah dijangka Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob berjaya merangkul gelaran juara AF Megastar yang berlangsung malam tadi (Ahad).

Lebih-lebih lagi apabila Idayu pernah mendapat pujian serta standing ovation daripada juri tetap, Datuk Ramli MS pada Konsert AF Megastar minggu ketujuh yang lalu.

Baca: Idayu Pertama Dapat Standing Ovation Ramli MS

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu merupakan antara peserta yang paling konsisten sepanjang lapan minggu pertandingan ini berlangsung.

Mempertaruhkan lagu My All nyanyian asal daripada penyanyi terkenal, Mariah Carey dan lagu baharunya, Selamanya hasil ciptaan rakannya di AF3, Amylea Azizan, Idayu berjaya memenangi hati juri serta penonton sekaligus melayakkannya bergelar juara AF Megastar yang pertama.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih suami, ibu-ibu dan anda semua. 12 tahun yang berbaloi,” ucapnya pada malam penuh bermakna itu.

Masakan tidak, Idayu antara pelajar yang menyerlah sewaktu AF3 pada tahun 2005 dahulu, namun terpaksa meninggalkan AF pada minggu kelima musim itu kerana mendapat undian yang paling rendah.

Idayu berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM100,000, trofi AF Megastar serta pakej percutian 10 hari 7 malam ke Turki.

Selain itu, penyanyi 32 tahun ini juga memenangi e-gift card bernilai RM6,000 dari Go Shop.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Sementara itu, Marsha memenangi Anugerah D’herbs apabila mendapat undian paling tinggi di laman Instagram Datuk Seri Aliff Syukri dan berjaya memenangi wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Manakala bagi anugerah Ultimate Performer berjaya direbut oleh Syamel dan membawa pulang RM3,000.

Malam tadi menyaksikan kelima-lima finalis membawa dua tugasan dengan menyanyikan lagu baharu serta lagu penyanyi lain.

Shahir menyanyikan lagu baharunya yang bertajuk Mama Jangan pergi hasil ciptaan bersama Awi Rafael serta lagu Tapi Bukan Aku manakala Marsha mendendangkan lagu Pilihlah Aku dan lagu baharu berjudul Hilang yang dicipta oleh Ezra Kong, Omar K dan Dilyla Khalid.

Bob telah menyanyikan lagu baharu ciptaan Hafiz Hamidun yang berjudul Terbuang Dalam Pelukan dan Bukan Dia Tapi Aku.

Syamel pula mempertaruhkan lagu baharu hasil ciptaannya sendiri iaitu Biar Cinta serta Seniman Menangis.

Kesemua persembahan malam itu diadili oleh tiga orang juri iaitu Datuk Ramli MS, Shafinaz Selamat selaku juri tetap dan Datuk Awie selaku juri jemputan.

Dalam pada itu, selama 14 tahun melahirkan ramai bakat-bakat besar dalam industri hiburan, program nyanyian ini berjaya mendapat pengiktiran daripada Malaysia Book of Records sebagai Rancangan Nyanyian Realiti Televisyen Paling Lama Berlangsung. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

A post shared by AF Megastar (@akademifantasia) on Oct 22, 2017 at 9:05am PDT

Tags: AF MegastarIdayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Banyak Lagu, Idayu Tak Mahu Nama Dilupakan

24/05/2018
0

BEKAS juara AF Megastar 2017, Idayu menegaskan bahawa tujuan mengapa dia sering mengeluarkan single baharu ialah disebabkan tidak mahu namanya...

Super Duper Talent! Idayu Tiru 30 Suara Artis Terkenal

15/02/2025
0

BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan juara Akademi Fantasia Megastar, Idayu Yaakob berjaya meniru kira-kira 30 suara penyanyi terkenal tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd