• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Beri Amaran Kepada Pemandu Gemar Hadap Gajet

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bukan sahaja memantau kenderaan yang tidak menepati spesifikasi jabatan itu, malah turut memfokuskan kepada pemandu yang menggunakan gajet semasa memandu.

Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Prof Datuk Ir Mohamad Dalib berkata menggunakan gajet semasa memandu merupakan satu daripada punca utama kemalangan kebelakangan ini dan pemandu terbabit boleh didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

“Kebanyakan kemalangan disebabkan kecuaian pemandu…jadi saya nak ingatkan semua pemandu tidak kira sesiapa pun yang rajin memandu sambil guna gajet, JPJ boleh tahan dan saman anda.

“Penggunaan gajet untuk pandu arah jalan dibenarkan, cuma tidak boleh dipegang dan perlu guna peranti bebas tangan dan tidak boleh halang 170 darjah pemandangan pemandu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Setia dan Pemakaian Logo Kejuruteraan Automatif JPJ Perlis di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pemandu persendirian serta komersial agar mematuhi spesifikasi dan setiap undang-undang ditetapkan bagi memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat sekali gus mengelakkan kemalangan.

“Setiap kenderaan perlu utamakan keselamatan dan JPJ tidak pernah bosan memberikan tips dan panduan mengenai kawalan serta penjagaan kenderaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

JPJ Gantung Sementara Kelulusan Chery Omoda 5, Tangguh Pendaftaran Baharu

11/10/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus...

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

MARA Lantik Bekas Tentera Sebagai Warden Sepenuh Masa Di Semua MRSM Mulai 2027

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd