• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JHEAIK Siasat Video Tular Ajaran Sesat Di Langkawi

oleh AK-47
18/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai penularan satu klip video yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat di Pulau Tuba, Langkawi.

Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Ismail berkata pihaknya telah mengarahkan Pejabat Agama Langkawi melakukan siasatan berhubung perkara itu.

“Berdasarkan apa yang saya lihat (pemerhatian awal) ilmu ini salah dari segi akidah dan fahaman yakni mempersoalkan tentang kesaksian kita kepada Allah SWT serta mempersoalkan syahadat kita.

“Jadi saya sudah meminta pegawai membuat siasatan untuk mengenal pasti apa sebenarnya ajaran ini,” katanya kepada Bernama.

Video berkenaan yang tular di media sosial sejak seminggu lalu menunjukkan seorang lelaki dipercayai Tok Guru yang mempersoalkan mengenai kewujudan Allah SWT, syahadat serta rukun solat.

Turut dipaparkan dalam video berdurasi kira-kira enam minit itu ialah beberapa lelaki yang menyokong kenyataan Tok Guru terbabit.

Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan rumah dan pondok dipercayai tempat untuk menyebarkan fahaman berkenaan dengan kalimah-kalimah tertentu termasuk ‘Allahu Akbar’ dan ‘Al-Rahim’ tertulis di dinding luar pondok berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman turut menasihati umat Islam di negeri ini agar tidak mudah terpengaruh serta terpedaya dengan sebarang ajaran yang menyimpang dari fahaman Ahli Sunah Waljamaah.

“Sebarang ajaran yang bertentangan daripada ajaran Islam sebenarnya haruslah ditolak* berhati-hatilah dengan ajaran yang kita rasa menyimpang daripada fahaman kita selama ini dan laporkan segera kepada pejabat agama berdekatan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sudah meminta para imam dan pemimpin agama di akar umbi agar memberikan kefahaman mengenai bahaya ajaran sesat kepada anggota kariah masjid masing-masing. – BERNAMA

Tags: Ajaran SesatLangkawipejabat agama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

03/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd