• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Maznah Hamid Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah usahawan terkenal, Datuk Dr Maznah Hamid yang meninggal dunia semalam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah,Taman Selasih di sini hari ini.

Jenazah dikebumikan 5.45 petang tadi dengan kehadiran anggota keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan, Ampang, di sini selepas solat Asar.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 6 petang semalam setelah mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung pada 28 Sept lepas.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce yang juga dikenali sebagai ‘Iron Lady’ itu menjalani pembedahan jantung selepas dua saluran pada injap jantungnya tersumbat.

Sementara itu anak Maznah, Shahril Reza Shaheen, 36, berkata ibunya merupakan seorang yang penyayang dan sangat rapat dengan keluarga terutamanya cucu-cucu beliau.

Katanya, antara pesanan terakhir Allahyarham termasuk anak-anak kekal rapat dan sentiasa menghormati sesama mereka.

“Mak memang mahu kita anak-anak supaya dapat mengekalkan hubungan kekeluargaan sedia ada sampai bila-bila,” katanya di sini.

Tambahnya, beliau dan adik beradik lain berazam akan terus mempekukuhkan legasi perniagaan yang ditnggalkan ibunya itu.

“Alhamdulillah kami adik beradik dari kecil telah diajar ibu tentang bagaimana menguruskan syarikat, ada sahaja tunjuk ajar yang diberikan.

“Insya-Allah, kami adik beradik berjanji akan meneruskan bidang perniagaan yang telah ditinggalkan arwah ibu,” katanya yang telah berkhidmat di syarikat itu lebih 10 tahun. – BERNAMA

Tags: Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Ziarah Jenazah Maznah Hamid

06/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi jenazah usahawan terkenal Datuk Dr Maznah Hamid,...

Maznah Mengadu Keletihan Sejak Dua Bulan Lepas

06/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Usahawan terkenal, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid sering mengadu keletihan sejak dua bulan lepas sebelum pemeriksaan kesihatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd