• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Kunci Tandas Awam Di Bandar Raya Ipoh

oleh Ahmad Albab
10/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengusaha dan pemilik tandas awam khususnya di kawasan tumpuan ramai sekitar bandar raya Ipoh diingatkan agar tidak mengunci tandas kerana kemudahan itu amat diperlukan warga kota.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata tindakan mengunci kemudahan itu khususnya di kawasan seperti medan selera, taman rekreasi serta pusat beli belah menyusahkan orang ramai.

“Pengusaha dan pemilik tandas awam (sepatutnya) hanya memantau tandas Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikendalikan mereka kerana kemudahan itu hanya boleh digunakan oleh golongan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan di beberapa tandas awam di sini hari ini.

Pemeriksaan yang melibatkan seluruh kakitangan pengurusan MBI itu dilakukan susulan Kempen Perak Yang Bersih, dilancarkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Mac lepas.

Zamri berkata ketika ini terdapat sebanyak 2,096 tandas awam di sekitar bandar raya dengan 84 daripadanya milik MBI, manakala selebihnya dikendalikan oleh pemilik bangunan atau premis perniagaan.

Selain itu, Zamri berkata MBI menyasarkan sebanyak 700 daripada 2,096 tandas awam di bandar raya Ipoh mencapai tahap kebersihan empat dan lima bintang tahun ini.

Katanya setakat Januari hingga Ogos tahun ini, MBI telah memeriksa dan menilai tahap kebersihan 915 tandas dan hasil pemeriksaan mendapati 10 peratus daripadanya mencapai tahap lima bintang.

“Kebersihan tandas dinilai berdasarkan pelbagai kriteria antaranya bekalan air, pencahayaan, pengudaraan, bau, fasiliti, struktur bangunan dan kemudahan tambahan,” katanya.

Selain itu, katanya MBI turut menyasarkan untuk memeriksa dan menilai 1,400 daripada 2,096 tandas di Ipoh tahun ini dengan pemeriksaan dijalankan di semua kawasan termasuk rumah ibadat, pusat perniagaan dan pusat beli belah.

“Kita dapati tahap kebersihan tandas di pusat beli belah tidak memuaskan mungkin kerana ramai pengguna sehingga pihak pengurusan perlu sentiasa memastikan tandas berada dalam keadaan bersih,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata menerusi pemeriksaan yang dijalankan dari Januari hingga Ogos tahun ini, pihaknya telah mengeluarkan 58 kompaun, 46 notis dan 407 amaran lisan kepada pengusaha dan pemilik tandas awam.

“Sekiranya tandas di premis perniagaan kotor dan pengurusan makanan tidak baik, MBI akan mengeluarkan notis dan seterusnya menarik lesen premis sekiranya pengusaha masih gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: IpohTandas Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd