• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jagung ‘Kurang Manis’ Sesuai Pesakit Kencing Manis

oleh
03/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Penghidap kencing manis yang gemar makan jagung namun terpaksa menahan selera kerana kandungan gulanya yang agak tinggi, kini mempunyai alternatif baharu.

Ini apabila jagung hitam atau waxy corn supreme, dikenal pasti sebagai sesuai untuk diet golongan itu, dedah Pengarah Bahagian Hortikurtur Jabatan Pertanian Malaysia, Abdul Daut ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, baka jagung berwarna ungu kehitaman dengan nama saintifik ‘Zea May‘ itu adalah kurang manis berbanding baka jagung biasa berwarna kuning yang terdapat di pasaran tempatan dan seluruh dunia.

Kadar kemanisan jagung hitam boleh disifatkan ‘jauh lebih sedikit’ jika dibandingkan dengan jagung lain sekali gus cukup sesuai untuk penghidap kencing manis yang perlu kawal pengambilan makanan manis dalam diet mereka.

“Mengikut kajian perkiraan darjah kemanisan buah mengunakan alat ‘Brixmeter’, jagung kuning mempunyai tahap kemanisan mencecah 15 Brix berbanding jagung hitam yang hanya dalam kiraan sembilan hingga 10 Brix.

“Jagung hitam juga memiliki kadar antioksidan tinggi yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia,” kata Abdul di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini. Untuk rekod Brix merupakan unit sukatan tahap kemanisan buah.

Tanaman jagung hitam jelasnya, lebih cepat matang dan masak berbanding jagung biasa dengan hasil boleh dituai dalam masa 60 hari berbanding baka lain yang memerlukan tempoh lebih lama iaitu antara 70 hingga 80 hari.

Bagaimanapun, Abdul berkata oleh kerana rasanya yang kurang manis, jagung hitam pada asasnya agak kurang mendapat permintaan dalam pasaran tempatan dan tidak begitu dikomersialkan oleh pekebun tanaman itu sendiri.

“Jagung hitam malahan agak sukar didapati selain kurang dikenali masyarakat di negara ini dan pada kebiasaannya hanya ditanam oleh orang persendirian di beberapa kawasan tertentu,” kata beliau. – Bernama/HAA

Tags: jagung
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sasar Pengeluaran 600,000 Tan Jagung Makanan Ternakan

11/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia menyasar mengeluarkan 600,000 metrik tan jagung bijirin untuk makanan ternakan dalam tempoh 10 tahun lagi, sekali...

PBB Jual ‘Jagung Donald Trump’ Depan Pusat Undi

09/05/2018
0

SEORANG penjual jagung boleh diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air apabila mengambil kesempatan menjual barang perniagaannya di hadapan pusat mengundi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd