Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Wanita Kerala Kes Pertama...

BENGALURU - India melaporkan kes pertama koronavirus apabila seorang wanita dari negeri Kerala...

KJ Sindir PH Berjaya...

SINDIR... Khairy Jamaluddin secara sinis ucap ‘tahniah’ kepada kerajaan Malaysia baharu apabila dapat...

Kerajaan Mula Import Bahan...

KUALA LUMPUR : Syarikat pengeluar ubat memberi jaminan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang...

Imam, Guru Taranum Antara...

PUTRAJAYA - Imam Masjid Semporna di Sabah, Mohd Ayub Maidi merupakan salah seorang...

Jagung Bijirin Jadi Sumber Kekayaan Baharu Negara

LABIS – Tanaman Jagung bijirin mampu menjadi sumber kekayaan baharu negara pada masa akan datang apabila ia terbukti sesuai ditanam di mana-mana tempat di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kejayaan beberapa projek perintis seperti di Terengganu, Johor dan Kedah berjaya memecah tembok tanggapan negatif segelintir pihak bahawa tanaman untuk menghasilkan makanan haiwan ternakan itu tidak sesuai ditanam di negara ini kerana faktor cuaca.

“Kami bersama agensi berkaitan akan berusaha untuk membaiki beberapa kelemahan yang ada bagi menambah baik tanaman jagung bijirin di negara ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penuaian jagung bijirin oleh Pertubuhan Peladang di Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) Chempelak di sini hari ini.

Katanya kejayaan tanaman jagung bijirin akan mengurangkan pergantungan negara terhadap import jagung bijirin daripada negara luar yang melibatkan nilai sebanyak RM3.1 bilion setahun.

Ahmad Shabery berkata kerajaan berhasrat untuk mengurangkan sekurang-kurangan 30 peratus pergantungan import makanan ternakan itu pada tahun 2020 yang sebelum ini diimport 100 peratus dari negara luar.


“Sasaran kami adalah untuk mengalakkan pengusaha membangunkan semula tanah sawah padi yang terbiar kerana ia tidak melibatkan kos yang tinggi serta lebih mudah dan menguntungkan daripada tanaman padi mahupun kelapa sawit sekiranya diuruskan dengan betul,” katanya.

Beliau berkata pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Kilang Sawit Bukit Bujang, Labis telah berjaya mengenal pasti bahawa kernel kelapa sawit berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan baharu untuk makanan ternakan ayam.

Ahmad Shabery berkata sekiranya penemuan berjaya dikembangkan ia dapat mempercepatkan lagi pengurangan pergantungan negara terhadap import jagung bijirin dari luar negara sehingga 60 hingga 70 peratus dalam masa lima tahun. – BERNAMA

Kategori