Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Budak Lelaki Dihalau Dari...

China ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Hanya kerana dia dijangkiti HIV, seorang budak dihalau dari kampungnya, selepas...

Siti Nurhaliza Ikut Jejak...

SEJAK kebelakangan ini sudah menjadi trend ramai selebriti tempatanƃā€šĆ‚Ā membuat perkhidmatan 'Instagram (IG) Review'...

Ismail Sabri Zahir Ucapan...

Kuala Lumpur : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Naib...

Kisah 1MDB ‘Sukar Untuk...

PETALING JAYA - Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dari PKR mendapati...

Isu Perobohan Rumah Di Masjid Airport Subang

BARU-BARU ini berita mengenai bantahan terhadap tiga buah rumah dan dua rumah kedai yang dirobohkan berhampiran masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Subang menjadi tular di media sosial.

Berikutan insiden itu, beberapa orang ditangkap termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan beberapa penduduk kampung yang menghalang seorang kakitangan awam menjalankan tugasnya.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?

Terdapat perbalahan dan maklumat yang salah disebarkan oleh ahli PSM dan penyokongnya, serta pelbagai parti dan ahli politik yang terlibat yang turut bercakap mengenai perkara ini.

Ia tidak diketahui jika ahli politik dari kedua-dua belah pihak menyedari hakikat sebenar tentang isu ini.

Walau bagaimanapun, ini adalah satu kes yang tidak boleh dipolitikkan, kerana penduduk setinggan ini terbukti salah, sepertimana yang diputuskan oleh mahkamah.

Kronologi peristiwa yang juga sudah tersebar di Facebook adalah seperti berikut:

Ramai yang tanya tentang isu perobohan premis di persekitaran Masjid LTSAAS, Subang. Saya ingin kongsikan beberapa fakta tentang isu ini.

1. Tanah ini merupakan hakmilik Pengarah Tanah Persekutuan (PTP) di atas lot 1210, Mukim Damansara Daerah Petaling dengan nombor hakmilik geran 19583. Tanah ini dipajak kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) bagi tujuan pembangunan lapangan terbang yang sebahagiannya adalah bagi tujuan tapak masjid.

2. PTP melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling telah mengeluarkan notis pengosongan (Seksyen 425 Kanun Tanah Negara) secara pentadbiran kepada penghuni berkenaan pada 9 November 2016.

3. Pihak MAHB selaku pemegang pajakan tanah tersebut telah mengadakan perbincangan dengan penghuni premis tersebut bagi tujuan pemberian pampasan dan tawaran pembelian rumah dibawah Skim Rumah Selangorku.

4. Namun begitu, penghuni tersebut telah membawa kes ini ke Mahkamah pada Mei 2017 bagi tujuan saman tuntutan dari beberapa pihak.

5. Mahkamah Tinggi pada 8 September 2017 telah memutuskan bahawa tuntutan plaintif (penghuni rumah) ditolak dengan kos RM5,000 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) untuk setiap defendan atas alasan ketiadaan ā€œLocus Standiā€ untuk membawa tuntutan tersebut.

6. PTD Petaling telah mendapat arahan mahkamah untuk meneruskan dengan tindakan yang sewajarnya seperti yang telah diarahkan PTP melalui surat bertarikh 2 November 2016 iaitu:

– Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas penceroboh Harta Persekutuan di bawah seksyen 425 & 426 KTN.

– Memotong bekalan air dan elektrik terhadap premis berkenaan.

– Mencegah dan menghalang pencerobohan baru di lot berkenaan.

7. Pada 26 September 2017, satu operasi perobohan telah dijalankan oleh PTD Petaling secara bersepadu mulai jam 7.00 pagi. Operasi ini dijalankan selepas semakan dengan PTP dan kamar undang – undang didapati sehingga tarikh operasi tiada rayuan dibuat oleh pihak penghuni.

8. Atas inisiatif Radzlan Jalal (Penyelaras DUN Kota Damansara) operasi perobohan itu dapat penangguhan sementara sehingga 1 Oktober 2017 selepas perbincangan dgn pihak PTP & PDT Petaling bagi memberi ruang kepada penghuni untuk jalankan tindakan yang sewajarnya. Penangguhan ini dipersetujui oleh pihak PTP, PTD & penghuni.


9. Pada 4 Oktober 2017 PTD Petaling telah menjalankan operasi secara bersepadu untuk tindakan perobohan premis tersebut.

10. Atas dasar peduli rakyat dan tuntas membela kebajikan rakyat, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali (Dato MB Selangor) telah mengumumkan Kerajaan Negeri melalui PHSSB bersetuju menawarkan unit kediaman di PPR Seksyen 8 Kota Damansara kepada dua buah keluarga yang terlibat. Beliau juga telah mengarahkan Pegawai Daerah Petaling untuk berkerjasama dengan PHSSB bagi menguruskan perpindahan kedua – dua keluarga ini ke kediaman yang ditawarkan dengan segera.

11. Untuk maksud itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membiayai kos sewa unit-unit kediaman tersebut bagi tempoh enam bulan sebelum unit-unit ini ditawarkan kepada dua keluarga berkenaan.

Kredit: Iskandar

Tapi, apa yang terjadi selepas itu?

Sumber: Sinar Harian

Nampaknya, penghuni setinggan ini telah menunjukkan wajah sebenar, sepertimana yang dikritik oleh pembaca-pembaca artikel di atas.

Ada yang mengatakan dia tinggal dan menjalankan bisnes secara haram di atas tanah yang sudah jelas bukan miliknya sendiri.

Pada awalnya, penyokong-penyokong PSM mengatakan bahawa rumah setinggan tersebut didirikan di atas tanah masjid. Tetapi, hakikatnya rumah setinggan itu dibina di luar kawasan masjid dan kuarters untuk kakitangan masjid (AJK masjid).

Penduduk yang dipersoalkan itu juga dikatakan telah diundi keluar daripada AJK masjid dan seharusnya tidak layak menerima faedah yang diterima AJK masjid. Sebagai contoh, MAHB dilaporkan telah membina kuarters untuk AJK masjid sebagai sebahagian daripada usaha CSR mereka untuk membantu komuniti yang akan terjejas.

Tetapi mereka yang bukan sebahagian daripada masjid AJK tidak boleh tinggal di sana dan mengambil kesempatan terhadap kemudahan air dan elektrik dari masjid secara percuma. Penduduk di sekitar itu mengesahkan bahawa terdapat penduduk setinggan lain yang telah ditawarkan pampasan dan mereka telah mengambilnya serta meninggalkan kawasan itu dengan aman, kecuali bekas AJK masjid ini.

Jadi kenapa dia dari awal tidak mahu menerima pampasan seperti yang lain? Dan mengapa tawaran oleh pejabat MB juga ditolak? Seperti yang dikatakan oleh netizens, penduduk setinggan ini dan keluarganya telah tinggal di tanah yang tidak mereka miliki dan tanpa bayaran satu sen pun, dan mereka telah melakukannya selama bertahun-tahun.

Dia juga telah menubuhkan sebuah kedai yang dikatakan terlampau maju, sehingga dia berkata dia akan kerugian sebanyak RM400,000 sekiranya ia dipindahkan ke tempat lain. Namun, apabila diminta mengikuti peraturan, dia mengatakan ianya tidak adil dan kejam?

Kenapa pula dia layak tinggal dan mengendalikan perniagaan di sana secara percuma apabila orang lain perlu membayar sewa rumah, mendapatkan permit perniagaan, serta menyewa ruang untuk berniaga?

Jika mengikut logik penghuni setinggan ini, serta mana-mana parti politik yang menyokongnya, rakyat bolehlah membina rumah dan membuka kedai di tanah orang lain, di rumah orang lain, di masjid terdekat, dan kemudian menuntut pampasan jika mereka diminta untuk berpindah?

Adakah ini yang dikatakan adil?

Kategori