• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Haram Unsur LGBT Dalam Siaran TV

oleh
22/10/2017
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ketika negara jirannya ‘bergelut’ tekanan puak Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) konon kebebasan atas nama hak asasi manusia, Indonesia pula lebih bertindak tegas!

Terbaharu selepas berjaya menghapuskan emoticon atau imej berbaur LGBT menerusi aplikasi WhatsApp dan menyekat akses kepada laman popular Tumblr kerana mempromosikan pornografi, kali ini pula siaran televisyen.

Media antarabangsa melaporkan, Parlimen Indonesia mempertimbangkan undang-undang nasional yang akan mengharamkan kandungan berunsur LGBT disiarkan menerusi saluran televisyen menjelang akhir tahun ini.

Menurut laporan, keputusan ini diambil selepas sebuah rancangan komedi ditayangkan sebulan lalu, dipercayai mengandungi unsur LGBT apabila ada babak pelakon lelaki berpakaian dan berkelakuan jelas seperti wanita.

Malah, penerbit program jenaka itu mendapat surat amaran Komisi Penyiaran Indonesia, sebuah suruhanjaya bebas yang mengesahkan kandungan elemen LGBT itu nyata melanggar piawaian dan etika dalam penyiaran tempatan.

Ekoran insiden memalukan itu, bahagian penggubal perundangan bakal mengkaji semula undang-undang penyiaran untuk memansuhkan kandungan yang didapati mempunyai unsur LGBT dalam setiap rancangan yang ke udara.

Tegas suruhajaya berkenaan, slot program dan iklan memaparkan tingkah laku LGBT wajar diharamkan kerana dibimbangi dalam jangka panjang boleh merosakkan minda penonton negara paling ramai umat Islam di dunia itu.

“Pengharaman ini termasuklah siri sinteron (drama) yang ada watak gay, persembahan tradisonal rakyat atau komedi dengan menunjukkan watak lelaki lembut dan program bicarawara menyokong kehendak LGBT,” jelasnya.

Sementara itu, Bobby Rizaldi, anggota Parlimen yang terlibat dalam merangka undang-undang tersebut berkata LGBT bukanlah satu jenayah tetapi, unsur sebegini telah memasuki ruang awam dan ditayang kepada orang ramai.

Maka, unsur-unsur terkutuk amalan kaum Sodom zaman Nabi Luth AS itu haruslah disekat. Manakala seorang Ahli Parlimen yang lain, Hanafi Rais berpendapat pengamal LGBT adalah sesuatu yang luar daripada norma manusia.

“Ia akan merosakkan generasi muda kita. Sekiranya kandungan itu tidak mempunyai kualiti pendidikan dan hanya digunakan untuk kepentingan komersial atau pengiklanan, kita mesti menolaknya disiarkan,” ujar beliau.

Ironi, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan ‘anti-LGBT’ di Indonesia dengan menjustifikasi tindakan itu konon langgar undang-undang antarabangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaLGBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd