Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Polis Kelantan Rampas Pil...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas dadah dipercayai jenis pil kuda bernilai RM4.7...

Thai Sokong Pembangunan Di...

HATYAI - Thailand menyokong perancangan kerajaan Malaysia membangunkan Jalan Keselamatan (Kesban) di sempadan...

Perlis Benarkan Jemaah Bersalaman

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah solat,...

MOF Jelaskan Isu Pengecualian...

KOTA KINABALU - Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai...

Inilah Himpunan Paling Hipokrit Pembangkang

KUALA LUMPUR – Himpunan Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan merupakan acara paling hipokrit pernah dianjurkan dalam sejarah parti pembangkang Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ab Aziz Kaprawi berkata, ia ekoran perhimpunan untuk ajak rakyat benci kerajaan itu menampilkan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah dilabelkan pembangkang sebagai bapa kepada pelingkup negara selama ini.

Kata beliau dalam satu kenyataan, perhimpunan itu juga bersifat hipokrit memandangkan Pakatan Harapan sendiri tercalit beberapa skandal salah laku yang sehingga kini langsung tidak diperjelaskan oleh pemimpin pembangkang.

“Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di atas pentas sering kali menuduh Mahathir sebagai bapa segala korupsi, nepotisma dan kronisma malah sering mempersoal kekayaan anak-anaknya yang luar biasa.

“Ini termasuk pernah menulis artikel yang bertajuk ‘Why Mahathir is Malaysia’s worst ever prime minister?’ Lim Kit Siang pernah menggelarkan Mahathir sebagai individu nombor satu paling rasis dalam negara.

“Malah dia pernah mendesak kerajaan melakukan siasatan terhadap insiden kerugian RM30 bilion Bank Negara Malaysia dan menganggap Mahathir sendiri sebagai pengkhianat negara!

“Presiden PAN, Mat Sabu pula di atas pentas ceramah secara terang-terangan mendakwa segala kerosakan berlaku di negara ini akibat perbuatan Mahathir dan gelar beliau sebagai ‘Bapa Pelingkup Negara’,” kata Ab Aziz.

Ujar beliau lagi, perhimpunan secara haram itu juga penuh hipokrit kerana perkataan ‘kleptokrasi’ yang digunakan itu baru pertama kali digunakan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS).


Menurut beliau, DoJ menggunakan perkataan itu bertujuan memfailkan saman dalam isu 1MDB dan sehingga kini gagal membuktikan sebarang perkaitan isu tersebut dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Malah, kata beliau, Kit Siang sering menuduh Najib memalukan negara atas kesalahan kleptokrasi, tetapi terbukti tuduhan itu tidak benar kerana hakikatnya Najib diberi layanan hebat oleh kerajaan AS dan Britain baru-baru ini.

“Ini merupakan usaha tipu daya pakatan pembangkang untuk kelirukan rakyat namun saya percaya rakyat cukup arif untuk melihat dan menilai segala apa yang diperkatakan oleh pihak pakatan pembangkang adalah hipokrit.

“Ini kerana pada akhirnya yang benar-benar perlu perkara yang perlu diselamatkan di dalam negara kita ini adalah daripada fitnah dan tipu daya pakatan pembangkang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori