• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Anti-Kleptokrasi Hambar, Gagal Capai Sasaran

oleh
15/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LESU… Suasana himpunan anti-kleptokrasi bertema “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” anjuran Pakatan Harapan pada Sabtu ternyata hambar apabila dilihat tidak mendapat sambutan.

Suasana menjadi tidak ‘menyengat’ mungkin ekoran orang ramai pada hari hujung minggu ini lebih sibuk dengan menghadiri program Hari Sukan Negara yang turut diadakan serentak di seluruh Malaysia pada waktu sama.

Tidak menolak kemungkinan juga, masyarakat India beragama Hindu pula sibuk dengan persiapan sambutan Deepavali yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi selaian cuti persekolahan selama seminggu baru bermula.

Bagaimanapun tinjauan Mynewshub mendapati beberapa gerai kelihatan di kawasan tepi padang yang menjual baju-T berbaur hasutan dan kutukan terhadap kerajaan pusat selain tema himpunan haram itu.

Untuk makluman, acara perhimpunan ini tidak mendapat permit kelulusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas faktor keselamatan dan mencadangkan ia dipindahkan penganjur ke Stadium MBPJ.

Ini juga mengambil kira situasi padang rekerasi awam itu sendiri hanya berkapasiti maksimum 10,000 orang nyata tidak dapat menampung jumlah peserta ramai selain lokasinya berdekatan kompleks beli-belah dan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak penganjur iaitu blok pembangkang empat parti berkenaan tetap berdegil untuk meneruskan acara tanpa permit polis tersebut sebagai mana dilakukan mereka ketika himpunan haram Bersih di ibu negara.

Sebagai langkah keselamatan, pihak polis dilihat menghantar beberapa buah kereta peronda bagi memantau keadaan dan sebagai persediaan jika berlaku sesuatu tidak diingini seperti serangan militan pengganas.

Puluhan peserta hanya mula datang seperti ‘lenggang kangkung’ ke Padang Timur MBPJ, Petaling Jaya yang terletak bersebelahan dengan stesen LRT Taman Jaya sekitar pukul 4 petang.

Malah, terdapat juga peserta dalam kalangan penyokong pembangkang dilihat membawa anak kecil ke himpunan berkenaan yang jelas telah melanggar prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Disebabkan suasana panas amat terik dan kebetulan pula keadaan rumput padang  yang basah akibat hujan lebat sebelum itu, ia mula menyebabkan ramai peserta tidak selesa ekoran tidak tahan dengan situasi leceh tersebut.

Berdasarkan tinjauan kami, sasaran blok pembangkang kononnya meletakkan target seramai 100,000 orang dilihat bakal gagal apabila orang ramai seolah-olah tidak teruja atau peduli langsung terhadap demonstrasi haram itu.

Ramai pengunjung yang kebetulan terpaksa melalui kawasan tersebut dilihat terus membuat hal masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kleptokrasipakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd