• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Projek Pembangunan Di Kawasan Bukit

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menyeru kerajaan Pulau Pinang supaya menghentikan semua projek pembangunan di kawasan bukit berikutan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 orang Sabtu lepas.

ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu berkata kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) perlu berhenti ‘mencurahkan tenaga untuk memesong, menafikan dan mempertahankan’ selepas kejadian tersebut berlaku.

“Sebaliknya, mereka perlu meningkatkan usaha untuk menghentikan projek pembangunan di kawasan bukit dan mengambil serius maklum balas daripada mereka yang tidak bersetuju dengan pembangunan di pulau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Seramai 11 pekerja projek perumahan mampu milik tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu semasa mereka sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit.

Teh juga menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya mengarahkan pemaju Granito@Permai untuk membersihkan lebihan tanah di tapak pembinaan itu bagi memastikan tiada lagi mayat yang tidak dijumpai.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi memastikan tiada lagi mangsa tertanam dalam tanah runtuh yang mengorbankan seorang rakyat Malaysia dan 10 pekerja asing itu.

“Walaupun terdapat pengiraan kepada 14 nama yang dikemukakan oleh pemaju kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan semua keraguan dengan membersihkan kawasan kejadian,” katanya.

Teh juga mendakwa beliau diberitahu pada 21 Oktober lepas bahawa 20 orang disyaki tertimbus di bawah serpihan di tapak pembinaan itu.

Beliau meminta kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan pemaju projek, Taman Sri Bunga Sdn. Bhd. (BSG) bagi membantu pembeli projek perumahan mampu milik itu.

Katanya pembeli kini merasa ragu-ragu kerana tidak tahu sama ada meneruskan pinjaman mereka atau tidak.

“Saya harap BSG dan kerajaan negeri dapat memberikan penyelesaian yang baik untuk mereka yang telah membeli unit rumah di Granito@Permai,” katanya. – BERNAMA

Tags: ADUN Tanjung BungahTeh Yee Cheu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Saran Kerajaan P.Pinang Bina MRT

06/09/2017
0

GEORGE TOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu hari ini mencadangkan agar kerajaan...

Penduduk Tidak Mampu Beli Rumah Di Tanjung Bungah

11/10/2016
0

GEORGE TOWN - Lebih daripada 10 projek perumahan yang sedang dibangunkan di kawasan Tanjung Bungah, tetapi yang sedihnya tiada di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd