• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN DAP Saran Kerajaan P.Pinang Bina MRT

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu hari ini mencadangkan agar kerajaan negeri Pulau Pinang membina jajaran Transit Aliran Massa (MRT) berbanding pembinaan Jalan Berkembar Pesisir Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dekat sini.

Teh berkata pembinaan NCPR dilihat akan memberi kesan kepada ribuan penduduk yang tinggal di sekitar Tanjung Bungah dan ia dijangka tidak dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Saya cadangkan bina MRT, ia juga lebih mesra alam kerana bina terowong bawah tanah… seperti di Kuala Lumpur, penggunaan MRT melancarkan perjalanan,” katanya kepada pemberita di pusat khidmatnya di Tanjung Bungah di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengemukakan cadangan pembinaan tiga lebuh raya utama menerusi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang akan menghubungkan Teluk Bahang ke Tanjung Bungah sejauh 10.6 kilometer; Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7 km) dan Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.2 km).

Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu memperincikan dan memberikan gambaran lebih jelas mengenai projek tiga lebuh raya itu, yang akan dilaksanakan oleh Zenith Consortium Sdn Bhd.

Teh berkata pihaknya juga melancarkan bancian dalam talian untuk mendapatkan maklum balas penduduk di kawasan terbabit dan keputusannya akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

“Penduduk di kawasan Tanjung Bungah boleh memberi maklum balas mereka di laman sesawang www.tanjongbunga.com atau laman Facebook peribadi saya bermula hari ini dalam tempoh sebulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ADUN DAPDAPMRTTeh Yee Cheu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd