• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Operasi Harimau Berlegar Dalam Kilang

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Pembuat kereta terbesar India, Maruti menghentikan operasi sebuah kilangnya selepas seekor harimau bintang dilihat berlegar dalam premis itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Seorang pegawai kanan berkata visual harimau bintang itu telah dirakam oleh satu daripada kamera litar tertutup yang dipasang di kilang pembuat kereta berkenaan di Manesar, 50 kilometer dari Delhi, pada Khamis.

“Syif pagi kilang itu terpaksa dibatalkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dan beratus-ratus pekerja telah dihantar pulang,” katanya.

Sementara itu, para pegawai hidupan liar telah melancarkan satu gerakan besar-besaran untuk mengesan harimau bintang tersebut di kilang tersebut, yang terletak di negeri Haryana.

“Satu pasukan tujuh anggota telah diberikan tugasan. Mereka dilengkapi ubat penenang bagi melemahkan harimau bintang itu sebelum menyelamatkannya,” kata konservator hidupan liar tempatan, Vinod Kumar kepada media.

Manesar terletak berhampiran kawasan pergunungan Aravalli dan para pegawai hidupan liar berkata haiwan itu mungkin dari hutan yang terdapat di sekitar kaki gunung berkenaan.

“Harimau bintang itu mungkin turun dari hutan Aravalli. Kami akan cuba menyelamatkannya dan membebaskannya di kawasan hutan,” kata seorang pegawai hidupan liar yang lain.

Maruti Suzuki, sebuah syarikat usaha sama antara Maruti dan Suzuki Motor Corporation dari Jepun, menguasai lebih 50 peratus pasaran kereta yang berkembang pesat di India. – BERNAMA

Tags: harimauIndiaSuzuki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd