Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Saintis Dakwa AirPods Meningkatkan...

MENURUT satu petisyen terbaharu, fon telinga tanpa wayar keluaran Apple iaitu AirPods berupaya...

Umno Terima 4995 Permohonan...

KUALA LUMPUR: UMNO menerima 4,995 permohonan keanggotaan baharu secara dalam talian sejak sistem...

Model Kejam Enggan Maafkan...

Romania - Anak tidak berhati perut dan kejam. Ibu sedang nazak pun tidak...

Adik Tiri Schumacher Terselamat...

ADIK tiri lagenda Formula One (F1), Michael Schumacher, Sebastian Stahl terselamat daripada maut...

Harimau Malaya Tewas Di Tangan Hong Kong

HONG KONG – Skuad Harimau Malaya menempah laluan berliku untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 apabila tumbang 0-2 kepada Hong Kong dalam aksi ketiga Kumpulan B Kelayakan Piala Asia di Stadium Hong Kong, sebentar tadi.

Ia kekalahan kedua setakat ini selepas turut tewas di tangan Lubnan (1-2) selain seri (1-1) dengan Hong Kong dengan kedua-duanya diadakan di Malaysia, sekali gus kekal di tangga tercorot dengan satu mata.

Bagaimanapun, keputusan itu belum memadamkan peluang skuad kendalian Nelo Vingada untuk merebut dua tempat terbaik dengan syarat pasukan negara wajib memenangi tiga baki aksi selepas ini berdepan Lubnan dan Korea Utara.

Apa pun, barisan pemain negara tidak harus dipersalahkan atas kekalahan itu memandangkan Vingada terpaksa menggunakan formasi 4-6-0 susulan kecederaan yang menimpa penyerang tunggal, Darren Lok serta Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri Fauzi yang tidak dibawa atas masalah sama.

Ternyata, taktikal secara bertahan itu dilihat membuahkan hasil khususnya dalam tempoh 30 minit pertama apabila berjaya menyerap asakan bertubi-tubi tuan rumah yang turut diperkuatkan dengan tiga tonggak naturalisasi baru.

Hong Kong hanya berjaya melakukan percubaan tepat pada minit ke-31 menerusi rembatan jarak jauh Daniel Rodriguez selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan tengah negara, Khairul Helmi Johari namun percubaannya sekadar terkena tiang.

Malaysia terpaksa membayar harga yang mahal pada minit ke-39 apabila terjahan keras ketua pasukan negara, Safiq Rahim terhadap Rodriguez akhirnya memakan diri apabila dia dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Sri Lanka, Nivon Robesh Gamini.


Kelebihan beraksi lebih seorang pemain digunakan sebaiknya anak buah Kim Pan Gon apabila berjaya mendahului menerusi tandukan Jorge Tarres Paramo pada minit ke-44 tanpa dicabar benteng pertahanan negara.

Bersambung babak kedua, kelekaan dua pertahanan Malaysia, Shahrom Kalam dan Khairul Helmi sekali lagi dihukum apabila Jaimes McKee mudah menanduk masuk pada minit ke-49 buat meletakkan tuan rumah ceria mendahului dua gol.

Skuad kebangsaan juga cuba bangkit memburu gol sepanjang babak kedua namun benteng Hong Kong kebal bertahan hingga wisel penamat. – BH Online

Kategori