• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir Hilang Penglihatan Demi I’m Not A Terrorist

oleh AK-47
08/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKAT dan mutu lakonan artis Malaysia semakin bersinar di pentas global dengan adanya usahasama yang melibatkan penyanyi atau pelakon tempatan dengan produksi luar negara.

Jika baru-baru ini pelakon Bront Palarae mampu melonjakkan namanya di Indonesia, kini giliran Chacha Maembong pula melakar namanya dengan menembusi layar perak India menerusi filem I’m Not A Terrorist.

Menerusi filem tersebut, Chacha dan Afiq Muiz berpeluang untuk bergandingan dengan pelakon terkenal Hollywood seperti Farida Jalal dan menjalankan pengambaran di lokasi yang sama dalam filem Bajrangi Bhaijan.

Berlakon dengan produksi luar pasti menjanjikan pengalaman berbeza dan itulah yang dialami pelakon 21 tahun ini apabila mengalami detik cemas semasa pengambaran yang dijalankan di Kashmir, India beberapa bulan lepas.

Katanya, dia mengalami gangguan penglihatan ketika menjayakan babak penculikan dan dipukul oleh dua penjahat yang dilakonkan oleh Gulshon Grover dan Kapten Khir Mohd Noor.

“Mata saya tiba-tiba sakit kerana dimasuki sejenis daun berbisa, tetapi saya tetap bertahan dan meneruskan penggambaran hingga selesai. Sangka saya, ia mungkin disebabkan habuk hingga penglihatan jadi tidak selesa.

“Mata saya bertambah pedih apabila kami kembali ke hotel penginapan kerana saya kerap menggosoknya,” katanya dipetik BH Online.

Lebih teruk lagi, Chacha tidak dapat membuka matanya ketika bangun dari tidur dan mendapati pandangannya juga kosong.

Melihatkan keadaannya yang bertambah teruk, dia dibawa ke pusat perubatan pakar yang terletak lebih 200 kilometer dari hotel penginapannya oleh S Baldev Singh iaitu produser filem tersebut.

“Saya diberikan cuti selama dua hari dan terpaksa berehat dalam bilik gelap. Mata pula dibalut kerana tidak boleh terkena cahaya. Saya hidup seperti orang cacat penglihatan, malah makan minum dan segala keperluan saya terpaksa dibantu.

“Selepas dua hari, keadaan mata saya masih belum pulih dan terpaksa kembali ke hospital untuk rawatan lanjut. Apabila balutan dibuka, doktor mendapati anak mata saya besar sebelah. Sakit itu hanya berkurangan selepas seminggu saya mendapat rawatan,” tambahnya lagi.

Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. ini menampilkan barisan pelakon seperti Afiq Muiz, Betty Benafe dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Selain itu, ia turut dibintangi oleh pelakon lagenda Bollywood iaitu Gulshan Grover, Farida Jalal dan Rahul Dev.

Filem yang menelan belanja lebih RM7 juta ini telah mula bertemu penonton di pawagan Malaysia dan India sejak 5 Oktober lalu. Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi yang ditunjukkan oleh pelakon gabungan dua negara ini! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Chacha MaembongI'm Not A Terrorist
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

iPhone 8 Plus Didakwa ‘Membelon’ Ketika Dicas

Next Post

Ramai Belum Daftar: Kenapa Anak Muda Pasif Politik?

Related Posts

Chacha Maembong ‘Beri Laluan’ Emma Kahwin Dulu

11/04/2018
0

SEBAGAI adik, pelakon Chacha Maembong mahu memberi peluang kepada kakaknya, Emma Maembong untuk menamatkan zaman bujang terlebih dahulu sebelumnya. Bagi...

Didi Astillah, Chacha Maembong Terlibat Nahas

30/01/2018
0

PENYANYI, Didi Astillah dan pelakon, Chacha Maembong terlibat dalam kemalangan ketika pulang ke rumah selepas makan malam di Jalan Alor,...

Next Post

Ramai Belum Daftar: Kenapa Anak Muda Pasif Politik?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd