Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Supermodel Mengandung Jadi Tarikan...

WANITA ini, Carol Gracias, 37, menjadi supermodel pertama di India yang memperagakan pakaian...

Lim Kit Siang Sokong...

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya...

China Hukum Pegawai Selepas...

BEIJING: Pegawai hospital di bandar Xi'an yang menyebabkan seorang wanita mengandung lapan bulan,...

Didenda RM5,000 Memandu Melulu...

KUALA LUMPUR - Seorang jurulatih fizikal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Trafik di sini...

Didi Astillah, Chacha Maembong Terlibat Nahas

PENYANYI, Didi Astillah dan pelakon, Chacha Maembong terlibat dalam kemalangan ketika pulang ke rumah selepas makan malam di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, kereta dipandu oleh Chacha dilaporkan hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah Proton Wira yang laju sebelum terlanggar pembahagi jalan.

Keadaan kereta honda milik Chacha Maembong.

Memetik sumber, ketika kejadian kedua-dua selebriti ini hanya dibantu orang awam yang berada di kawasan sekeliling dan kereta Wira yang dipercayai dipandu seorang lelaki tersebut hanya memecut tanpa dapat dikesan.

“Sampai sekarang masih lagi trauma. Kejadian itu berlaku ketika kami nak keluar dari simpang Jalan Alor tiba-tiba ada kereta Wira muncul dengan lajunya.

“Chacha nak elak tapi tak dapat nak kawal kereta sebab terlalu panik dan terlanggar pembahagi jalan.

“Lelaki yang pandu kereta tersebut terus pecut kereta dia tanpa bantu kami. Nasib baik ada ramai orang awam yang ada dekat situ tolong,” kata Didi dipetik mStar Online, hari ini.

Penyanyi, Didi Astillah.

Menurut sumber lagi, Didi memaklumkan bahawa dia hanya mengalami bengkak di muka manakala Chacha pula alami kecederaan pada bahagian hidung ekoran tersembam ke hadapan beg udara.


“Muka saya saja yang bengkak manakala Chacha cedera di bahagian hidung. Tapi yang teruknya kereta Chacha saja. Nasib baik kami tidak mengalami kecederaan serius,” ujar anak jati kelahiran Sandakan, Sabah itu.

Sementara itu memetik sumber lagi, Chacha memberitahu keadaannya kini semakin pulih dan hanya memerlukan rehat. – MYNEWSHUB.CC/AM

*Video sekadar hiasan…

Kategori