• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Belum Daftar: Kenapa Anak Muda Pasif Politik?

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjelasan harus diberikan kepada anak-anak muda bagi membetulkan persepsi mereka terhadap politik dan mengelak mereka terus bersikap pasif politik, kata Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Dalam catatan terkini sskeruak.blogspot.com, Salleh melahirkan rasa sedih apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan lebih empat juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi dengan majoritinya golongan muda berusia 21 tahun.

“Terfikir saya ruginya jika anak muda pasif politik. Jika tidak minat politik adalah faktornya, persepsi ini perlu segera diperbetulkan.

“Anak muda tidak boleh seperti ini kerana merekalah yang mencipta masa depan negara. Masa masih ada dan anak muda perlu ditarik sekarang untuk mendaftar sebagai pengundi,” katanya.

Salleh turut memetik Survei Merdeka Centre yang mendapati anak muda pasif politik berdasarkan beberapa faktor termasuk terlalu sibuk dengan kerja, muak dengan permainan politik golongan tua, merasakan mengundi tidak membawa apa-apa faedah dan tidak percaya kepada ahli politik.

“Kajian lain oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia menambah lagi faktor di atas. Mengejutkan ialah anak muda merasakan kepentingan mereka diabaikan oleh ahli politik dan anak muda bercelaru dengan keadaan politik semasa.

“Mereka tidak percaya dengan institusi politik negara. Mereka bosan. Pandangan di atas perlu diberi perhatian,“ katanya.

Justeru, kata Salleh parti politik perlu tampil berkempen bagi menarik golongan muda supaya aktif politik.

Ini kerana katanya negara memerlukan anak muda untuk kejayaan masa depannya kerana jiwa muda adalah jiwa yang kuat, bertenaga dan berwawasan. – BERNAMA

Tags: BeliaDaftar Mengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd