• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadiah Sama Rata Untuk Finalis AF Megastar

oleh
24/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT akhir Akademi Fantasia Megastar baru sahaja melabuhkan tirai pada Ahad yang lalu dan Idayu dinobatkan sebagai gelaran juara bagi program itu.

Namun umpama pepatah ‘rumah siap pahat berbunyi’, penaja utama AF Megastar iaitu Datuk Seri Aliff Syukri telah meluahkan rasa kesalnya apabila terdapat sesetengah netizen menyifatkan dirinya sebagai seorang penaja yang kedekut apabila hanya Idayu sahaja yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.

Baca: Aliff Syukri ‘Naik Syeikh’ Digelar Kedekut

Bagaimanapun, hari ini pihak Astro baru sahaja mengumumkan bahawa finalis yang lain seperti Shahir, Bob, Syamel dan Marsh turut mendapat hadiah cuma tidak diumumkan di secara live sahaja.

Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris memaklumkan walaupun hadiah bagi finalis yang lain tidak disebut ketika konsert akhir berlangsung, namun pihak Astro sudah pun menyediakan sagu hati untuk mereka.

“Memang dari awal lagi konsep program ini hanya akan mengumumkan juara sahaja sebagai pemenang.

“Bagi kami finalis yang sudah mara ke pentas akhir adalah mereka yang mempunyai kelas tersendiri dan kami anggap semua sudah juara.

“Namun kami terpaksa akur kerana kami harus memilih satu sahaja bintang dari AF Megastar untuk diangkat sebagai juara,” kata Namanzee kepada portal Astro Gempak.

Tambahnya lagi, kesemua finalis menerima wang tunai berjumlah RM20,000, trofi sumbangan Astro dan e-gift card yang bernilah RM3,500 sumbangan Go Shop serta beberapa hadiah yang belum dimaklumkan lagi.

Jadi, bukanlah sia-sia sahaja bagi peserta lain kerana mereka turut menerima habuan masing-masing selepas konsert AF Megastar itu berakhir!- MYNEWSHUB.CC/AA

Tags: adilhadiahKonsert AF Megastar 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

Kes Jenayah Penipuan Dalam Talian Meningkat

Jong-un Terima Hadiah ‘Istimewa’ Dari Russia

17/09/2023
0

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerima lima dron bahan letupan, dron peninjau dan jaket kalis peluru sebagai hadiah daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd