• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Beri Perhatian Isu Penyelenggaraan Sekolah

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa kerajaan memberi perhatian isu penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur sekolah di seluruh negara, khususnya sekolah dalam keadaan daif, bagi memberikan persekitaran pembelajaran lebih baik untuk generasi muda negara.

Presidennya Zambri Mohd Isa berkata berdasarkan laporan yang diterima GPMS daripada pelbagai pihak termasuk sekolah, lebih 20 peratus daripada jumlah sekolah di seluruh negara berada dalam keadaan kurang selesa dengan pelbagai kerosakan infrastruktur.

Ini memperlukan pembaikan infrastruktur dengan segera kerana ia melibatkan isu keselamatan dan keselesaan pelajar dan guru, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Perasmian Program Pecutan Akhir SPM 2017 peringkat Parlimen Masjid Tanah di sini disempurnakan Anggota Parlimen Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan turut dihadiri Pengerusi GPMS Melaka Mohd Saifullah Dolmat.

Zambri berkata terdapat keadaan di mana kerosakan infrastuktur di sekolah tidak diselenggara segera dan keadaan itu menyebabkan kerosakan yang gagal dibaiki atau diselenggara melarat ke bahagian lain dan secara tidak langsung meningkatkan kos pembaikan.

“Justeru kita memohon kerajaan untuk memperuntukkan bajet yang lebih untuk sekolah khususnya pada Bajet 2018 akan datang bagi mengelak keadaan sekolah bertambah buruk. Selain itu, kita berharap peruntukan khas dan segera dapat diberikan untuk melakukan pembaikan kerosakan yang berlaku di sekolah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata peruntukan mencukupi juga perlu diberikan kepada pihak universiti awam pada Bajet 2018 akan datang bagi memastikan semua program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksana sepenuhnya dengan lancar.

Sementara itu, Zambri berkata GPMS turut memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian biasiswa pada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada golongan berpendapatan rendah atau B40.

“Pada masa sekarang pinjaman PTPTN automatik menjadi biasiswa sekiranya peminjam mendapat Ijazah Kelas Pertama, namun GPMS berharap pertimbangan yang sama dapat diberikan pada pelajar daripada keluarga B40,” katanya.

Dalam majlis sama, GPMS Melaka turut melancarkan Tabung Amanah Kebajikan Pelajar yang disempurnakan pelancarannya oleh Mas Ermieyati untuk anak Melaka khususnya bagi menjaga kebajikan golongan mahasiswa di universiti melalui bantuan makanan pada setiap Jumaat.

Mohd Saifullah berkata peruntukan tabung berkenaan diterima daripada pelbagai agensi di negeri ini dan kira-kira RM500 hingga RM600 dibelanjakan setiap minggu bagi pemberian bantuan makanan kepada kira-kira 140 pelajar terpilih. – BERNAMA

Tags: Zambri Mohd Isa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Miliki Bahan Daesh Gelandangan Dijel 4 Tahun

Next Post

Ada Proses Teknikal Bawa Balik Jenazah Syzlin

Related Posts

No Content Available
Next Post

Ada Proses Teknikal Bawa Balik Jenazah Syzlin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd