Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Pegawai Muda Proaktif Rancang...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengingatkan pegawai muda Angkatan...

Perdana Menteri Kutuk Serangan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk...

MENARIK! Rumah Lama Di...

Cantik, menarik, tertarik. Kau memang da' bomb... begitu antara bait-bait lagu popular nyanyian...

Mudah.my Tumpu Tingkat Pengalaman...

KUALA LUMPUR - Pasaran dalam talian terbesar di Malaysia, mudah.my, akan memberi tumpuan...

Miliki Bahan Daesh Gelandangan Dijel 4 Tahun

KUALA LUMPUR – Akibat memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh yang disimpan di dalam telefon bimbitnya, seorang gelandangan hari ini dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasbullah Hassan, 38, yang mengaku bersalah memiliki 13 video dan lapan keping gambar di dalam telefon bimbit miliknya yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Mahkamah memerintahkan Hasbullah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 29 Jan lepas.

Mohd Sofian berkata memiliki bahan berkaitan kumpulan Daesh merupakan kesalahan kerana daripada tidak berminat untuk mengambil tahu hal ehwal kumpulan pengganas, akhirnya tertuduh boleh terpengaruh dan mungkin terjebak untuk menjadi anggota kumpulan berkenaan.

“Saya berharap kamu betul-betul insaf dan berubah serta menjadi manusia yang berguna kepada negara selepas keluar dari tahanan,” kata hakim itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan bangunan Lebuh Ampang di sini pada 12.20 tengah hari 29 Jan lepas mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak ke atas mana-mana bahan terbabit.

Hasbullah, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan dengan alasan itu adalah kesalahan pertamanya selain dia sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Duda dua anak itu berkata dia tidak tahu yang memiliki item berkenaan adalah satu kesalahan, dan hanya mengetahui perkara itu selepas ditangkap pihak polis.


“Saya memiliki item (video dan gambar berkaitan Daesh), bukanlah bermakna saya menyokong (kumpulan pengganas Daesh)…saya hanya ingin melihat sahaja dan perkara ini menjadi pengajaran buat saya,” katanya yang turut memaklumkan dia mempunyai masalah kesihatan iaitu ketumbuhan pada saraf tunjang.

Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin@Baharum memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan seumpama itu akan menjadi barah kepada masyarakat jika tidak dibendung lebih awal.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap oleh sepasukan pegawai dan anggota polis di perkarangan bangunan sebuah bank asing selepas telefon bimbit jenama Samsung berwarna putih dengan nombor telefon yang didaftarkan atas namanya mengandungi item berkenaan.

Hasil analisis mendapati telefon bimbit itu mengandungi 13 video dan lapan keping gambar berkaitan kumpulan pengganas Daesh. – BERNAMA

Kategori