• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Filipina Nafi Salur Dana Kepada Pengganas

oleh Ahmad Albab
11/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Seorang doktor Filipina yang dituduh menyalurkan dana untuk satu serangan Daish di New York, Amerika Syarikat (AS) menafikan tuduhan itu dan berikrar melawan permintaan ekstradisi ke AS, kata peguamnya semalam.

Russell Salic, 37, dan dua lagi tertuduh didakwa terbabit dalam rancangan menyerang beberapa sasaran di New York ketika Ramadan pada 2016.

Peguamnya, Dalomilang Parahiman berkata, Salic yang bertugas di sebuah hospital di selatan Filipina tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

“Salic memberitahu dia marah dengan aktiviti pengganas. Kata Salic, dalam Islam, keganasan adalah haram. Salic berpegang teguh pada ajaran Islam dan dia solat lima kali sehari,” katanya.

Jabatan Keadilan AS menuduh Salic memindahkan wang AS$423 (RM1,785) pada Mei 2016 kepada seorang suspek untuk membiayai serangan yang dirancang melalui aplikasi mesej di Internet.

Serangan terhadap sistem kereta api bawah tanah New York, Times Square dan beberapa acara konsert itu dipatahkan oleh seorang ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar sebagai anggota Daish.

Parahiman memberitahu, Salic secara suka rela menyerah diri kepada pihak berkuasa Filipina pada April lalu dan bukan ditangkap seperti didakwa AS.

Tentera Filipina kelmarin mendakwa Salic mempunyai hubungan dengan militan Daish yang menyerang Marawi dan memberi dana kepada militan di AS, Asia Barat dan Malaysia. – AFP/myMetro Online

Tags: doktorpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd