• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DCA Kaji Laporan Akhir ATSB Kehilangan MH370

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah diarahkan untuk mengkaji secara teliti laporan pencarian akhir Biro Pengangkutan Keselamatan Australia (ATSB) untuk memperoleh bukti lanjut boleh percaya mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia memerlukan petunjuk baharu yang boleh percaya sebelum memulakan usaha baharu pencarian bagi pesawat malang itu, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Beliau berkata beberapa firma penerokaan dasar laut seperti Ocean Infinity (Amerika Syarikat) dan Fugro (Belanda) telah menawarkan untuk membantu menjejaki MH370 selepas pencarian di dasar laut terpencil meliputi 46,000 kilometer persegi di Laut China Selatan digantung pada Januari tahun ini.

“Kami juga akan mengkaji tawaran syarikat-syarikat tersebut tetapi kriteria asas bagi pencarian ialah mempunyai bukti boleh percaya.

“Kami tidak boleh meneruskan operasi mencari semata-mata untuk meneruskan pencarian dan memberi harapan palsu kepada keluarga dan waris. Kamiharus bertanggungjawab terhadap tindakan kami,” kata Liow kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di sini hari ini.

Mengulas mengenai laporan akhir ATSB yang dikeluarkan pada Selasa, yang menyatakan bahawa sebab-sebab bagi kehilangan MH370 dapat dapat ditentukan dengan pasti sehingga pesawat tersebut ditemukan, Liow berkata ketiga-tiga negara yang terlibat dalam pencarian iaitu Australia, Malaysia dan China akan bermesyuarat dan membincangkan tindakan selanjutnya jika bukti baharu yang boleh percaya muncul.

Liow mengucapkan terima kasih kepada ATSB atas usahanya membantu Malaysia menjejaki MH370, sambil menambah laporan setebal 440 muka surat, yang dihantar kepada beliau, bukanlah laporan akhir berkaitan pencarian MH370 tetapi cuma laporan pencarian dari pasukan pencarian Australia.

Laporan akhir Malaysia perlu disiapkan dan dikeluarkan dalam setahun daripada tarikh penggantungan yang diumumkan oleh pasukan penyiasat keselamatan diketuai oleh Datuk Kok Soo Chon, kata beliau.

“Kamiakan mengkaji semua butiran yang mungkin untuk mencari perunjuk baharu untuk menjejaki pesawat berkenaan.

Kami tidak dan tidak pernah berputus asa kerana setakat ini, kami mencari mencari bukti tambahan boleh percaya untuk meneruskan usaha mencari,” katanya.

Liow berkata kementeriannya juga sedang menyediakan kertas Kabinet, yang memperincikan keseluruhan operasi mencari dan langkah-langkah tentang apa yang boleh dilakukan oleh oleh Malaysia untuk mencari MH370 dan membentangkannya kepada Kabinet untuk perbincangan.

Ketika ditanya bila ia akan dikemukakan kepada Kabinet, beliau berkata: “Itu bergantung bila kajian itu selesai.

Kami juga perlu meneliti dan mengkaji laporan pencarian ATSB yang dikemukakan. Saya fikir Australia telah menghantar laporan itu kepada ketiga-tiga negara berkenaan, dan kita pasti akan mengkaji semua butiran.

“Kami memahami perasaan waris dan ingatan dan doa kami sentiasa bersama mereka.Kami komited untuk mencari bukti boleh percaya dan merungkai misteri kehilangan MH370 jika mungkin.”

Setakat ini, Liow berkata Malaysia telah membelanjakan hampir RM500 juta bagi pencarian MH370 sejak tiga tahun lalu.

Ditanya sama ada Australia, Malaysia dan China akan bermesyuarat tidak lama lagi, beliau berkata tiada tarikh pasti yang ditetapkan bagi mesyuarat tersebut kerana tidak ada bukti boleh percaya bagi kes itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd