• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Sun Teoh Tia Timbalan Ketua Polis Melaka Baharu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisis, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Sun Teoh Tia dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Melaka yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan SAC Datuk Ruslan Hassan yang akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jenayah Sindiket, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas berlangsung hari ini, disaksikan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.

Terdahulu, dalam ucapan perpisahannya Ruslan yang telah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka selama dua tahun mengingatkan pegawai dan anggota polis di negeri itu agar meneruskan momentum dan sentiasa memberikan komitmen padu dalam membanteras jenayah.

Beliau berkata kejayaan tidak akan datang bergolek sekiranya dalam kalangan anggota sendiri tidak komited dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan.

“Saya turut mengalu-alukan kehadiran Datuk Sun untuk terus bersama-sama dengan Ketua Polis (Abdul Jalil) dan seluruh anggota untuk berkhidmat seperti yang ditetapkan pucuk pimpinan dan menambah baik kejayaan sedia ada dalam memartabatkan imej Polis Melaka,” katanya.

Sun, 57, anak jati Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 32 tahun dan pernah menjalankan pelbagai tugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Pencegahan Jenayah serta Komuniti.

Kadar indeks jenayah di Melaka bagi tempoh Januari hingga Rabu lepas (25 Okt) merekodkan pencapaian baik iaitu 19.4 peratus dengan 2,240 kes berbanding nilai sasaran sebanyak 2,780 kes. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd