• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP P.Pinang Hantar Wakil Hadiri Dialog Perjuangan 4 All

oleh Ahmad Albab
05/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – DAP Pulau Pinang dilihat meningkatkan usaha membuat provokasi terhadap UMNO berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila menghantar wakilnya ke Dialog ‘Perjuangan 4 All’ di Balik Pulau dan Permatang Pauh, khusus untuk bertanyakan tentang isu berkenaan.

Kedua-dua program penerangan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa itu dihadiri oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad yang bertanyakan soalan berbentuk provokasi tersebut.

Walaupun bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengajukan soalan sama mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung 1MDB di kedua-dua program berkenaan, Anuar melayannya dengan baik dan memberikan penjelasan kepada Zaidi.

“Semalam (Selasa malam) di Balik Pulau Zaidi tanya soalan yang sama dan saya telah jawab… malam ini dia hadir lagi dan tanya soalan yang sama… kami tidak halang malah saya mengalu-alukan wakil pembangkang hadir progam itu supaya mereka boleh dapat penjelasan,” katanya kepada pemberita selepas program itu di Wisma Transformasi Permatang Pauh, di sini malam tadi.

Selain Annuar, program itu turut menampilkan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah sebagai ahli panel manakala Datuk Shamsul Najmi Shamsudin bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, Annuar turut mengingatkan anggota UMNO khususnya di Pulau Pinang untuk terus kuat dan tidak terjebak dengan politik kebencian yang dimainkan DAP.

Beliau berkata UMNO juga perlu buktikan bahawa parti itu sebuah parti yang bertanggungjawab dan akan terus bersama dengan rakan komponen BN untuk membela rakyat di negara ini. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd