• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah RM10.8 Juta Dirampas Januari-September

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Perak semakin membimbangkan berikutan dadah bernilai RM10.8 juta dirampas bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis negeri Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata bagi tempoh Januari sehingga September itu, sebanyak 6,177 orang ditangkap iaitu meningkat 18 peratus; bekalan atau pengedaran meningkat 10 peratus dan pemilikan meningkat 22 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas manakala nilai sitaan harta pula RM5.2 juta.

“Rampasan melibatkan pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ketamin, ecstasy, yaba, erimin 5, ganja meningkat sehingga 69 kali ganda… dadah jenis heroin menurun 14 peratus,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

“Berikutan peningkatan itu polis akan terus menjalankan penguatkuasaan proaktif untuk mengekang gejala terbabit daripada terus berleluasa,” katanya.

Hasnan berkata pada Selasa lepas, polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di negeri ini di sebuah kondominium di sini dan merampas syabu dan erimin 5, bernilai RM177,000 dan wang tunai RM5,000.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan yang dinaiki kedua-dua suspek menemukan dadah jenis Methamphetamine (syabu) kira-kira 2.1 kilogram serta 2,000 biji pil erimin 5.

“Mereka merupakan ahli aktif kumpulan (pengedar dadah) di Kuala Lumpur dan polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti empat lagi anggota kumpulan terbabit,” katanya.

Hasnan berkata kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah serta ujian saringan urin mendapati mereka positif syabu.

Katanya suspek direman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd