• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Dalam Senarai Ke Sukan Komanwel 2018

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan semua pemain utama negara termasuk Datuk Lee Chong Wei ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia tahun depan.

Setiausaha Kehormat BAM Datuk Ng Chin Chai berkata bagaimanapun senarai akhir pemain hanya akan dimuktamadkan Mac tahun depan.

Beliau berkata Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan harapan tinggi kepada skuad badminton untuk menyumbang emas di Sukan Komanwel.

“Kita senaraikan semua pemain terbaik negara termasuk Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong tapi senarai akhir kita akan serahkan pada Mac nanti.

“Seperti selalu harapan MOM sangat tinggi. Badminton selalu menyumbang pingat, sebilangan pingat emas,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan Komanwel, di sini hari ini.

Chin Chai berkata setakat ini BAM menyasar sekurang-kurangnya menyamai pencapaian tiga pingat emas yang diperoleh pada edisi lepas di Glasgow, Scotland.

Beliau berkata skuad badminton negara perlu bekerja keras dalam mempersiapkan para pemain bagi menghadapi saingan yang dilihat sengit daripada beberapa negara termasuk India, England dan Kanada.

“Dalam acara berpasukan campuran, skuad negara dilihat seimbang namun dalam acara individu kita perlu mempersiapkan pemain khususnya perseorangan lelaki dan wanita,” katanya.

Pada edisi di Scotland, badminton menyumbang tiga daripada enam pingat emas menerusi beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, beregu wanita Vivian Ho-Woon Khe Wei dan acara berpasukan campuran. — BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd