• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bront Kini Popular Jadi Minat Gadis Di Indonesia

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebut sahaja nama Bront Palarae, sudah pasti terngiang-ngiang bagaimana ‘meriahnya’ suara dia ketika mengulas perlawanan bola sepak dalam filem epik Ola Bola.

Aura lakonannya itu sehinggakan namanya dipetik netizen untuk dijadikan sebagai pengulas semasa perlawanan akhir bola sepak pada Sukan SEA KL2017 yang lalu antara Malaysia dan Thailand.

Baca: Netizen Nak Bront Jadi Pengulas Bola Final KL2017

Kini, namanya bukan sahaja disebut-sebut di Malaysia, malah menjadi sebutan di Indonesia. Mana tidaknya, dia kini sedang giat mempromosikan karya lakonannya dalam filem terbitan negara seberang itu.

Membawakan watak sebagai Bapak dalam filem Pengabdi Setan, dia berjaya menghidupkan watak lakonannya dan mendapat pujian daripada ramai penonton di Indonesia terhadap mutu lakonan yang ditonjolkan.

Namun, bukan hanya kerana lakonannya yang mantap menjadi bualan penonton, tetapi mereka merasakan pemegang title Pelakon Lelaki Terbaik Filem Malaysia 2010 ini mempunyai rupa paras kacak dan mampu ‘mencairkan’ hati si gadis.

Bukan itu sahaja, ramai gadis di sana juga dikatakan sanggup untuk ke panggung sekali lagi untuk menonton Bront dalam cerita seram tersebut. Ramai juga yang tweet dengan memasukkan hashtag #PengabdiBapak.

Aku gabung dong Kak Cha! #PengabdiBapak https://t.co/nMCsIhG2sr

— #unstoppablethoughts (@lipsandflips) 3 October 2017

Kali kedua… Kepada yang sama….
Untuk menengok si Bapak 😂 @jokoanwar pic.twitter.com/kQvvoKf82G

— Nid (@nidyarizki_) 1 October 2017

Menurut stesen CNN Indonesia, ini bukanlah kali pertama Bront membintangi filem Indonesia, tetapi nampaknya percubaan kali ini menyebabkan namanya berjaya memikat penonton di sana lebih-lebih lagi para gadis.

Tahun lalu sahaja, Bront membintangi dua filem dari seberang iaitu filem Headshot dan My Stupid Boss. Untuk tahun ini Bront tampil menerusi naskhah Pengabdi Setan dan filem Ayat-Ayat Cinta 2 yang bakal ditayangkan Disember ini.

Filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar ini telah pun ditayangkan di seluruh Indonesia sejak 28 September lalu.

Manakala untuk pasaran Malaysia pula, filem ini akan bertemu peminat pada 23 November depan. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: bront palaraeFilem Pengabdi Setan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Dana RM2 Juta, Bront Mohon Bantuan Filem Baharu

30/06/2018
0

SEBANYAK RM2 juta dana sedang dikumpul daripada orang ramai oleh Bront Palarae dalam biayai projek filem di bawah arahannya berjudul...

Bront Belum Terfikir Untuk Hijrah Ke Luar Negara

29/03/2018
0

BUKAN mudah bagi artis Malaysia untuk menembusi industri hiburan antarabangsa, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Hal ini telah dibuktikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd