• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Pintu Air Di Sungai Perlis Untuk Atasi Banjir

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis akan memohon kerajaan pusat membina satu pintu air di Sungai Perlis selain meminta kontraktor menyiapkan segera jambatan yang merintangi terowong pelepasan air dari Empangan Timah Tasoh di Kampung Tebing Tinggi bagi mengatasi masalah banjir.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata pembinaan pintu air baharu di Sungai Perlis dapat mengawal aliran air terutama semasa air pasang besar tetapi kos agak besar untuk ditanggung oleh kerajaan negeri.

“Fenomena air pasang melimpah ke daratan boleh dikawal dengan adanya pintu air di lokasi yang sesuai di samping dapat mengawal pertembungan air dari hulu dan hilir semasa musim hujan,” katanya semasa di temui di sini, hari ini,

Azlan berkata kelewatan menyiapkan jambatan di Kampung Tebing Tinggi oleh kontraktor pula disebabkan perunding projek tidak menjangka terdapat keperluan untuk menambah skop kerja.

“Struktur jambatan yang belum siap itu boleh rosak jika air dilepaskan melalui terowong manakala Empangan Timah Tasoh pula tidak dapat menampung lebihan air dan terpaksa dilepaskan menyebabkan jumlah air yang luar biasa melimpah ke kawasan kampung semasa hujan lebat baru-baru ini,” katanya.

Beliau juga berkata isu banjir tersebut diburukkan lagi oleh pembinaan projek-projek baharu yang ditambak lebih tinggi daripada kedudukan rumah-rumah sedia ada. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd