• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biadab Bising Ganggu Jemaah Solat Isyak Di Masjid

oleh
12/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ia bukan sahaja biadab malah langsung tidak sensitif dengan kehidupan majmuk masyarakat setempat yang berbeza agama dan boleh mencetuskan suasana tegang jika dibiarkan!

Begitulah jelas dapat disaksikan menerusi rakaman video amatur seorang netizen yang hanya dikenali sebagai Rahman San terhadap aksi sekumpulan penduduk Cina membuat bising ketika jemaah masjid tekun beribadah.

Video berdurasi 1 minit 10 saat itu menunjukkan mereka tetap ‘selamba’ mengetuk beberapa gendang sambil memainkan pelbagai alat muzik dengan amat kuat di depan Masjid Maqbul, Jalan Jelutong di sini baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, jelas kedengaran azan Isyak disusuli jemaah masjid menunaikan solat fardu tersebut manakala kumpulan terbabit terus membuat gangguan sehingga menjejaskan masyarakat Islam bersembahyang.

Tidak dapat dipastikan apakah acara keramaian yang berlangsung di kawasan berkenaan namun berdasarkan video dikongsi netizen tersebut menerusi akaun Facebook pada Khamis, tindakan mereka itu nyata amat kurang ajar.

Baca: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Perkongsian Rahman San turut menjadi tular melalui media sosial apabila menerima lebih 1,000 tanda sokongan, majoritinya marah dan sedih; selain hampir 300 komen daripada netizen yang mengutuk aksi biadab kumpulan itu.

Ramai mempersoalkan kenapa kumpulan berkenaan enggan menghormati umat Islam mengerjakan ibadah ketika itu dengan berhenti rehat sejenak atau membuat ‘persembahan’ tersebut jauh sedikit daripada kawasan masjid.

Ada menyifatkan ia berlaku disebabkan DAP yang menguasai pentadbiran kerajaan Pulau Pinang ketika ini sering ‘tindas’ etnik minoriti sekali gus mengakibatkan masyarakat Cina bebas berbuat apa sahaja dengan sesuka hati.

Umum mengetahui, penguat kuasa tempatan di Pulau Mutiara sering mengusir penjaja Melayu konon berniaga tanpa lesen dan ganggu lalu lintas, namun tidak bertindak terhadap penjaja Cina yang melakukan perkara sama.

Malahan, puluhan perkampungan masyarakat Melayu yang wujud sejak sekian lama dihapuskan kerajaan negeri itu konon diduduki secara haram dan digantikan pula dengan projek perumahan kos mewah. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: biadabbisingmasjid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd