• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betty Rahmad Bakal Nikah Januari Depan

oleh
17/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH kami ucapkan buat pasangan, Betty Rahmad dan Ardy Damis yang sudah sah mengikat tali pertunangan selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis yang berlangsung di rumah keluarga aktres wanita berkenaan di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada petang Ahad lalu.

Betty yang merupakan adik bongsu kepada pengarah terkenal, Erma Fatima dan pelakon, Umie Aida berkata dia tidak mahu mengikat tali tunang untuk tempoh yang lama.

Justeru, mereka merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada Januari tahun depan.

“Kami tidak mahu bertunang lama-lama. Walaupun masa agak singkat iaitu hampir tiga bulan untuk membuat persiapan majlis pernikahan, ia bukan satu masalah.

“Saya percaya andai kita rancang perkara ke arah kebaikan pasti Allah akan dipermudahkan. Untuk majlis pertunangan ini pun ia hanya ambil masa seminggu,” katanya dipetik Harian Metro.

Pada masa sama, Ardy pula mengatakan kalau boleh mahu terus melangsungkan pernikahan tanpa perlu bertunang tetapi akhirnya, pasangan ini memutuskan untuk mengikut adat.

Dalam pada itu, Erra Fatima turut melahirkan rasa syukur apabila adik bongsunya itu akhirnya bertemu jodoh dengan buah hati pilihan.

Tambah pengarah itu, dia berharap Betty mampu tabah dalam menempuh fasa pertunangan dan mendoakan agar majlis perkahwinan pasangan itu akan dipermudahkan kelak.

“Alhamdulillah, sampai jodoh adik bongsu saya. Betty seorang saja yang belum berkahwin. Kami lima beradik yang lain sudah melalui fasa berumah tangga.

“Hanya doa yang baik daripada saya dan adik beradik lain untuk melihat mereka bahagia ke jinjang pelamin dan menempuh alam berumah tangga.

“Saya lihat Ardy budak baik. Insya-Allah, semoga dia dapat membimbing Betty menjadi isteri solehah,” ujarnya dengan nada syukur.

Terdahulu, Ardy telah membuat kejutan dengan melamar Betty sewaktu menghadiri majlis hari lahir anggota kumpulan De Fam, Azira yang diadakan di Indonesia pada 24 September lalu.

Saat romantis itu telah dikongsi oleh pasangan tersebut di laman sosial masing-masing.

Sekali lagi, tahniah diucapkan buat pasangan ini di atas pertunangan kalian dan semoga segala perancangan menuju hari bahagia nanti dipermudahkan segala urusan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Betty RahmadErma FatimaUMIE AIDA
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Aku Bela Ayam.. Bukan Ular, Erma Fatima Luah Rasa Bimbang

27/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Bukan satu perkara yang boleh dianggap lucu, penerbit dan sutradara terkenal, Erma Fatima, meluahkan rasa bimbang mengenai...

Nabila Huda, Amy Search Ditemukan Erma Fatima

21/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham antara aktres, Nabila Huda dengan ibu tirinya, Norish dilihat seperti sudah pulih apabila dia berkunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd