Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Bukan satu perkara yang boleh dianggap lucu, penerbit dan sutradara terkenal, Erma Fatima, meluahkan rasa bimbang mengenai keselamatannya apabila mengesan kehadiran ular sawa di kediamannya kelmarin.

Menurut Erma, perkara tersebut disedarinya ketika sedang membuat pemeriksaan di reban ayamnya yang terletak di hadapan rumah sebelum terkejut apabila melihat terdapat seekor ular sawa sebesar peha sedang berlingkar di dalam reban ayam tersebut.

Erma-Ular-Fatima

“Saya baru balik dari Kedah kelmarin dan turun tengok dalam sangkar tu ada ular tengah belit ayam.

“Sekarang ini, saya bela ular, bukan bela ayam.

“Semalam, saya punya tukang kebun nampak ular tu lagi tengah tidur dalam reban, saya panggil lagi bomba, lepastu ular tu lari lagi. Masih terlepas lagi ular tu,” katanya berseloroh.

Erma berkata demikian dalam satu hantaran di Instagramnya kelmarin.


Selain itu, kata Erma, dia telah menghubungi pihak bomba bagi membantu membuat tangkapan namun sementara menunggu pasukan bomba tiba, ular tersebut telah berjaya melarikan diri.

“Malam tadi, bomba datang, dia (ular) sempat lari. Pagi ini dia muncul lagi,siap yak-yak yeah lepak dalam itu.

“Saya sudah tahu dari mana ia muncul. Ular itu buat lubang dari dalam tanah. Patutlah ayam aku hilang.

“Dia buat kenduri. Kesian ayam jantan saya yang berkokok setiap pagi sudah ‘arwah’. Tak apa, saya dah simen semua lubang tanah. Hang mai lg..memang kulit hang saya bagi pada Amy Search,”katanya sempat berjenaka.

Menurut Erma, dia tidak menolak berasa bimbang dan trauma dengan kejadian itu dan mengaku kini perlu lebih berhati-hati bagi memastikan keselamatannya dan keluarga tidak terancam dengan kehadiran ular sawa tersebut.

-Utusan Online

Zizie Terima RM2.2 Juta Perkenal Ejen Pelaburan Kepada Bung

Bawa Diri, Iqbal Tinggalkan Malaysia

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...