• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beras Termahal Dunia Mula Dijual Di Singapura

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Beras paling mahal di dunia bakal dijual di pasaran Singapura tidak lama lagi iaitu negara pertama di luar Jepun, menurut laporan stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia.

Beras adunan Kinmemai Premium, dan disenaraikan pihak Guinness World Records pada tahun lalu sebagai beras yang termahal di dunia, akan dijual pada harga sebanyak S$149 (kira-kira RM463) bagi setiap satu kilogram!

Produk tersebut boleh ditempah secara atas talian bermula dari 1 November menerusi laman www.kinmemai.com pada harga S$155 (RM481) bagi setiap kotak yang mengandungi enam paket beras seberat 140 gram setiap satu.

Produk tersebut dipasarkan sebagai lebih berperisa, lebih manis dan lebih berkhasiat berbanding beras jenis lain. Syarikat Toyo Rice Corporation menyatakan bahawa berasnya mengandungi lima jenis bijian yang diiktiraf.

Ia dituai di wilayah Gunma, Gifu, Kumamoto, Nagano dan Niigata di Jepun. Menurut syarikat yang berpangkalan di Wakayama itu lagi, bijirin padi dibiarkan matang selama enam bulan bagi mempertingkat tekstur dan rasanya.

Singapura muncul negara pertama menjual beras kelas premium itu. Sebelum ini jenis warna putih dan perang keluaran Toyo dijual meluas di Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong, Taiwan, Britain, Perancis dan Sepanyol.

Syarikat yang sudah ditubuhkan sejak 1961 tersebut malah telah pun memasarkan dua produk keluarannya iaitu Kinmemai Better White and Kinmemai Better Brown menerusi 12 rangkaian pasar raya utama di Singapura.

Untuk rekod, Kinmemai White Better White disarankan dijual pada harga runcit serendah S$9.40 (RM29.20) bagi setiap satu kilogram manakala Kinmemai Better Brown pula pada harga S$9.80 (RM30.40) setiap kilogram.

Menurut seorang jurucakap Kinmemai, Zaim Zahari, syarikat Toyo itu berharap Singapura akan jadi ‘batu loncatan’ untuk menembusi pasaran Asia Pasifik bermula Hong Kong pada tahun depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: berasjepunSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd