Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Demi Dokumentari, Lelaki Relakan...

BAGAIMANA rasanya apabila diri ditelan dan kemudian berada di dalam perut ular? Itulah...

Gadis Palestin Tampar Askar...

BAITULMAQDIS - Tentera Israel semalam menahan seorang remaja Palestin selepas videonya menampar askar...

Polis Tahan Majikan, 31...

MIRI – Seorang majikan serta 31 orang warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan...

Sempena Hari Datuk &...

KUALA LUMPUR - Elvina Fernandez, 29, masih menyimpan kenangan indah semasa hidup bersama...

Bekas Pembantu Tadbir Pejabat MB Selangor Direman

SHAH ALAM – Seorang bekas pembantu tadbir di pejabat Menteri Besar Selangor direman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor pada 2016.

Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Khairul Nizam Abu Bakar.

Turut ditahan reman selama tiga hari ialah seorang pemilik syarikat pembekalan cenderahati berusia 59 tahun dan isterinya yang berusia 52 tahun.

Media semalam melaporkan bahawa bekas kakitangan pejabat Menteri Besar terbabit disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM16,566 daripada pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu tahun lepas, sebagai balasan mengesyorkan syarikat itu sebagai pembekal cenderahati kepada pejabat berkenaan.

Isteri pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan kedua-dua suspek.


Siasatan ke atas ketiga-tiga suspek yang ditahan semalam dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – BERNAMA

Kategori