• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018 Untuk Semua Rakyat – KSN

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini bukan sahaja akan memberi harapan kepada penjawat awam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata Bajet 2018, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan prestasi ekonomi dan kecemerlangan negara secara keseluruhannya.

“Sekarang (Bajet 2018) dalam proses, kita perlu lihat hasil dan peruntukan untuk pembangunan dan operasi,” katanya diminta mengulas ucapan Najib pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 semalam bahawa beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018.

Mengenai amanat perdana menteri mengenai enam falsafah perhidmatan awam ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang antara lain menyentuh prinsip ‘Wala’ atau kesetiaan, Ali berkata perkhidmatan awam sentiasa menyokong padu dan melaksanakan segala dasar yang diluluskan kerajaan.

“Perdana Menteri telah memberi ucapan cukup padat khususnya dari segi perkembangan yang dilalui negara terutamanya pentadbiran perkhidmatan awam yang membawa negara ke tahap membanggakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Tahunan Kesihatan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.

Menurutnya, kedudukan Malaysia di tangga ke-23 daripada 137 negara di dalam Laporan Daya Saing Global 2017/2018 oleh Forum Ekonomi Dunia adalah hasil daripada kerjasama pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam.

Mengenai seminar anjuran Puspanita itu, Ali berkata ia dapat menimbulkan kesedaran mengenai kesihatan terutamanya penyakit jantung dan kemudahan yang disediakan kerajaan bagi rawatan penyakit itu.

Pada majlis yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min itu, Ali turut menyampaikan sumbangan Puspanita berjumlah RM400,000 kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Serdang, Selangor. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Tan Sri Dr Ali Hamsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Di Sebalik Pemindahan 22 Pegawai Tinggi Kerajaan Ke Intan

24/09/2018
0

PETALING JAYA - Keputusan untuk menempatkan 22 orang pegawai tinggi persekutuan daripada pelbagai peringkat ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)...

Ali Harap Penjawat Awam Bertugas Penuh Dedikasi

28/08/2018
0

PUTRAJAYA - Tan Sri Dr Ali Hamsa menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini selepas enam tahun memegang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd