Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Boleh Pakai Baju-T...

PETALING JAYA: Semua murid dan pelajar kurang kemampuan diberi kelonggaran untuk memakai baju-T...

191 Ketua Bahagian UMNO...

PUTRAJAYA - Kesemua 191 ketua bahagian UMNO seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan...

Polis Siasat, Cari Pihak...

ARAU - Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak...

UMNO Jerlun Kehilangan ‘Ketua...

ALOR SETAR – Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid, Ketua Wanita UMNO Jerlun selama...

Bajet 2018: Harap Dapat Peruntukan Sewajarnya

ARAU – Kerajaan Perlis berharap mendapat peruntukan sewajarnya dalam Bajet 2018 yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, untuk melaksanakan projek-projek rakyat yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata keutamaan kerajaan negeri ialah membina rumah mampu milik seperti rumah kos sederhana dan rendah di samping projek pembangunan yang menawarkan peluang pekerjaan termasuk pelancongan.

“Saya yakin Bajet 2018 berorientasikan rakyat. Dalam konteks Perlis, kita memerlukan peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan beberapa projek penting untuk memberi keselesaan kepada rakyat selain memacu ekonomi negeri,” katanya.

Beliau ditemui pada ‘Malam Apresiasi Pemenang Bulan Keceriaan 2017’ bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat negeri yang dianjurkan Jabatan Penerangan Perlis di Dataran Arau di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau memenangi kategori perumahan awam/RPA dan menerima hadiah wang tunai RM12,000.

Menurut Azlan permintaan terhadap rumah kos rendah dan sederhana masih tinggi kerana purata pendapatan rakyat Perlis di bawah RM3,000 sebulan namun permintaan terhadap rumah-rumah kategori mewah tetap ada walaupun tidak banyak.


“Projek-projek termasuk projek infrastruktur yang diluluskan dalam RMK11 perlu terus dilaksanakan dalam tahun 2018 supaya tidak dijadikan isu oleh golongan muda yang mengharapkan peluang pekerjaan,” tambahnya.

Menurut Azlan projek lain ialah pembinaan sekolah baharu di Padang Besar, Hospital Padang Besar (dirancang dalam RMK9), Sekolah Sukan Bukit Cabang yang terhenti separuh jalan, Klinik Gial, Klinik Pauh dan klinik baharu Padang Besar dan Cuping serta kompleks Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan Kompleks Mahkamah Tinggi Kangar.

Katanya kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa produk pelancongan yang perlu dipulihkan bagi memenuhi permintaan sektor tersebut berikutan kehadiran pelancong ke Perlis meningkat mendadak sejak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan komuter tahun lepas. – BERNAMA

Kategori