• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Bakal Terima Lebih 20 Aset Menerusi Bajet 2018

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima perolehan lebih 20 aset baharu menerusi Bajet 2018, yang diumumkan semalam, bagi meningkatkan kesiapsiagaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau bersyukur dan terharu dengan peruntukan berjumlah RM14 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan kerajaan meluluskan apa yang dipohon Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“TDM bakal menerima perolehan aset baharu merangkumi enam Light Attack Helicopter (MD 530-G), meriam 155mm Self Propelled Howitzer, meriam 105mm Pack Howitzer dan peralatan khas bagi Gerup Gerak Khas (GGK).

“Perolehan aset dan kelengkapan latihan GGK ini penting bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani ancaman keselamatan semasa terutamanya ancaman militan Daesh,” katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan Task Force Agenda Pendidikan Sembrong (TAPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Paloh di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata TLDM pula bakal menerima kapal membabitkan enam Littioral Combat Ship (LCS) dan empat Littioral Mission Ship (LMS) yang masing-masing masih dalam proses pembinaan selain merancang memperoleh kapal kelas kelima Multi Role Support Ship (MRSS) di bawah Program Transformasi 15-to-5.

Bagi TUDM, katanya, kerajaan meluluskan perolehan empat unit pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang akan digunakan untuk mengawasi perairan negara termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka di bawah program Malacca Straits Patrol.

Menurutnya peruntukan Bajet 2018 juga akan digunakan untuk memperkukuh tahap keselamatan di Sabah dan Sarawak dengan sebanyak RM22 juta akan digunakan bagi menaik taraf pos kawalan sedia ada serta membina 18 pos kawalan baru di sempadan Sabah/Sarawak dengan Kalimantan.

“Penaiktarafan ini melibatkan lima pos kawalan sedia ada yang akan dinaik taraf menjadi pos gabungan iaitu dua di Sabah (Pos Saliliran dan Pos Serudong) serta tiga di Sarawak (Pos Kandie, Pos Tebedu dan Pos Serikin),” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’ dengan cadangan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi malam ini untuk menghadiri perbincangan mengenai pemulihan semula Yemen dan misi kemanusiaan ATM di wilayah bergolak itu.

Beliau berkata Malaysia adalah antara beberapa negara yang dijemput kerajaan Arab Saudi untuk menghadiri perbincangan sehari itu esok.

“Perbincangan ini akan dipimpin Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammad Salman. Perjumpaan ini berhubung kait kedudukan Yemen.

“Semua maklum bahawa sumbangan kita ialah menyediakan anggota misi kemanusiaan dan kita hendak lihat bagaimana kita bersama-sama negara lain mencari jalan penyelesaian,” katanya. – BERNAMA

Tags: ATMDatuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd